Dr Nik Rahimah Dilantik Sebagai Naib Canselor Masterskill

Diterbitkan: Jumaat, 9 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Prof Datuk Dr Nik Rahimah Nik Yacob menjadi wanita pertama dalam sektor pengajian tinggi swasta dilantik sebagai Naib Canselor Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill.

Pelantikan itu berkuatkuasa 1 Mac 2010.

Nik Rahimah merupakan bekas wakil industri dalam pasukan pengurusan Masterskill dengan menyumbang kepakaran dan ilmu dalam pengurusan dan pemasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan/Pengarah Eksekutif Masterskill Datuk Seri Edmund Santhara berkata beliau yakin pengalaman luas dan pengalaman yang dimiliki oleh Nik Rahimah dapat membantu memajukan pertumbuhan institusi itu dalam persekitaran sektor pengajian tinggi swasta yang lebih kompetitif.

Nik Rahimah merupakan lulusan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam Pentadbiran Perniagaan khusus dalam kajian pemasaran dan penyelidikan dari Universiti Colorado, Amerika Syarikat, pada 1989.

Beliau juga memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Idaho dan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti California.

Nik Rahimah pernah menganggotai pelbagai panel penasihat dan pengesahan di peringkat nasional atau jawatankuasa pertubuhan.

Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1980 sebelum dilantik sebagai ketua Jabatan Pemasaran dan Profesor Madya Pemasaran sebelum meninggalkan UKM pada 1997. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan