suria

Mohd Ridzuan Dinobat Olahragawan UTM

Mohd Ridzuan Abd Halim dan Yeoh Mei Yen bersama Mohd Tajuddin dan Pengarah Sukan UTM, Abd Malek Abd Ghani (kanan).
Mohd Ridzuan Abd Halim dan Yeoh Mei Yen bersama Mohd Tajuddin dan Pengarah Sukan UTM, Abd Malek Abd Ghani (kanan).
Mohd Ridzuan Abd Halim dan Yeoh Mei Yen bersama Mohd Tajuddin dan Pengarah Sukan UTM, Abd Malek Abd Ghani (kanan).

SKUDAI: Penuntut Tahun 3 Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Mohd Ridzuan Abd Halim dinobatkan sebagai Olahragawan UTM 2009 pada Majlis Anugerah Sukan UTM yang berlangsung di Kompleks Sukan UTM, di sini baru-baru ini.

Selain mewakili UTM bagi acara mendayung, beliau juga mewakili negara ke sukan SEA di Korat Thailand dan meraih pingat gangsa pada Kejohanan Terbuka Singapura 2009 serta mendapat tempat ketiga peringkat kumpulan di South East Asia Rowing Federation 2009 sekali gus melayakkan beliau menerima anugerah tersebut.

Beliau kini sedang membuat persediaan bagi menyertai Sukan SEA di Indonesia dan World Rowing University Games pada bulan Ogos di Hungary.

Sementara itu, Yeoh Mei Yen, pelajar Tahun 4 Fakulti Pendidikan pula telah dianugerahkan Olahragawati UTM 2009 pada majlis yang sama.

Beliau yang merupakan ketua pasukan bagi pasukan bola tampar UTM telah berjaya memimpin pasukan untuk menjadi johan sukan MASUM 2009.

Antara lain pencapaian pasukan beliau sepanjang 2009 adalah menjadi johan pada kejohanan Terbuka Mizuno di Johor Bahru, Terbuka UTM, dan Terbuka Melaka dan Naib Johan di Terbuka Muar.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni) Profesor Dr Mohd Tajudin Ninggal dan merupakan acara tahunan bagi menghargai sumbangan para atlet yang telah mengharumkan nama UTM dan negara amnya.

Majlis yang bermula jam 8.30 malam ini bertujuan menghargai sumbangan para atlet UTM yang mengharumkan nama UTM sepanjang tahun lepas.

SENARAI NAMA PEMENANG ANUGERAH SUKAN 2009 UTM:

1. PENGURUS WANITA TERBAIK - WONG SIN YIN (BOLA TAMPAR)

2. PENGURUS LELAKI TERBAIK - ONG WEI XIANG (OLAHRAGA)

3. PASUKAN TERBAIK WANITA - PASUKAN BOLA TAMPAR

4. PASUKAN TERBAIK LELAKI - PASUKAN ROWING

5. ATLET HARAPAN WANITA - NG SHER FEN (BOLA TAMPAR)

6. ATLET HARAPAN LELAKI - MOHD FAIZ ALI (RAGBI)

7. OLAHRAGAWATI - YEOH MEI YAN (BOLA TAMPAR)

8. OLAHRAGAWAN - MOHAMAD RIDZUAN ABD. HALIM (ROWING)

Artikel Berikut

Artikel Lain