Profesor UIAM Sandang Kerusi Pengajian Melayu Di Universiti Victoria

Diterbitkan: Khamis, 25 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Profesor Datuk Dr Wan Mohamad Rafaie Wan Abdul Rahman dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dilantik sebagai penyandang kelima Kerusi Pengajian Melayu di Victoria University of Wellington, New Zealand.

Profesor psikologi tersebut akan mendudukinya selama dua tahun mulai bulan depan.

Kerusi tersebut ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1996.

Wan Mohamad Rafaie berkata sepanjang tugasnya, beliau akan meningkatkan kesedaran dan menarik minat masyarakat di New Zealand terhadap bahasa Melayu.

"Saya akan meningkatkan kesedaran melalui seminar, persidangan, perbincangan dan bertukar-tukar idea. Adalah menjadi keutamaan saya untuk mempromosi Pengajian Melayu dan UIAM agar kita dapat mendedah dan menarik lebih ramai orang mempelajari bahasa Melayu," katanya.

Sementara itu Profesor Aahad M. Osman Gani dari Jabatan Pengurusan Perniagaan UIAM diumumkan sebagai penerima pertama Asia bagi anugerah berprestij 'Outstanding Human Resource Development Scholar 2009 Award'.

Penganugerahan kepada warga Amerika kelahiran Bangladesh itu dilakukan di Amerika Syarikat bulan lalu sebagai mengiktiraf sumbangannya dalam bidang pembangunan sumber manusia. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan