suria

MPP UPM Perkenal Sistem KPI

Mantan YDP Syamsul Salleh menyerahkan fail penyerahan tugas kepada Syed Adam sambil diperhatikan oleh Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha.
Mantan YDP Syamsul Salleh menyerahkan fail penyerahan tugas kepada Syed Adam sambil diperhatikan oleh Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha.
Mantan YDP Syamsul Salleh menyerahkan fail penyerahan tugas kepada Syed Adam sambil diperhatikan oleh Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha.

SERDANG: Sistem Petunjuk Prestasi Utama (KPI) akan menjadi keutamaan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (MPP UPM) sesi 2009/2010 yang baru dilantik dalam Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Angkat Sumpah di sini.

Yang Dipertua MPP, Syed Muhammad Adam Syd Abdul Rahman dalam ucapannya berkata beliau yakin sistem tersebut dapat mengekalkan momentum yang maksimum terhadap MPP bagi menentukan kejayaan program yang akan dilakukan demi memastikan gerak kerja yang dilakukan mencapai objektif dan matlamat.

“Agenda kebajikan, keselamatan, kebersihan dan akademik akan menjadi perkara utama dalam KPI yang akan dibincangkan pada mesyuarat MPP kelak.

“Saya sendiri akan memantau pelaksanaan KPI yang dijalankan agar semua ahli MPP sentiasa komited dalam menjalankan tugas mereka,” katanya.

Beliau juga berharap agar MPP akan dapat terus menjalinkan kerjasama dengan pemimpin pelajar dan pengurusan kolej kediaman dalam memperjuangkan kebajikan dan keselamatan pelajar yang masih belum selesai.

“Untuk mengetahui permasalahan pelajar, kami akan melakukan roadshow ke setiap kolej kediaman untuk berjumpa dengan pelajar supaya dapat mendengar sendiri permasalahan mereka.

“Saya juga menyeru kepada semua MPP agar dapat membentuk permuafakatan yang berteraskan MPP is a family supaya dapat membentuk suasana UPM is a family,” katanya selepas mengetuai bacaan ikrar MPP 2009/2010,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah dalam ucapannya berkata MPP UPM harus bersifat non-partisan yang tidak mewakili mana-mana badan, parti, NGO dan persatuan tetapi mewakili kesemua pelajar di universiti.

“Saya berharap tiada tindakan provokatif berbentuk hasutan yang boleh memecahbelahkan perpaduan organisasi MPP,”.

“Saya juga mengharapkan agar pelaksanaan program yang akan dirancang kelak bersifat pengantarabangsaan selari dengan kedudukan UPM sebagai universiti penyelidikan,” katanya.

Beliau juga berkata tiada keistimewaan akan diberikan kepada MPP kerana mereka harus sedar amanah yang ditanggungjawabkan ke atas bahu mereka dalam menjalankan tugas terhadap pelajar dan universiti.

“Transformasi sikap dan minda perlu dilakukan untuk menghasilkan budaya fikir dan revolusi sikap yang lebih hebat daripada pelajar lain supaya ketrampilan dan karisma yang unggul akan terserlah.

“MPP perlu menjalankan kerjasama pintar dengan semua organisasi di dalam UPM supaya jalinan yang diwujudkan akan mencetuskan tindakan berkesan dalam menangani isu kebajikan pelajar,” katanya.

Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha berkata MPP perlu realistik bahawa tidak semua permintaan dapat dipenuhi dalam sekelip matadengan memberi contoh pembinaan Kompleks Mahasiswa yang baru hasil permuafakatan antara universiti dengan MPP sebelum ini.

“Perubahan minda dari segi perancangan, pengurusan, strategi dan mekanisma pelaksanaan organisasi MPP perlu diteruskan agar ia tidak berhenti setakat menyelesaikan isu semata-mata tetapi dapat merancang dengan lebih strategik pembangunan kapasiti dan potensi pelajar yang relevan dengan senario semasa dan akan datang,” katanya lagi.

Artikel Lain