suria

Siswa UTHM Menang Anugerah Usahawan Siswa Terbaik

UNIVERSITI Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memenangi Anugerah Usahawan Siswa Terbaik melalui Pengerusi Koperasi Siswa (Ko-Siswa) UTHM Batu Pahat Berhad, Saudara Mohd Zubair Sulaiman dalam Konvensyen dan Karnival Keusahawanan Siswa Institusi Pengajian Tinggi Awam Peringkat Nasional Ketujuh 2010 (KARNIAWAN).

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KARNIAWAN yang berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Pengkala n Chepa, Kelantan pada 15 hingga 18 Febuari 2010 itu turut disertai oleh 21 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelbagai aktiviti yang berlangsung dalam karnival yang berlangsung selama seminggu itu seperti forum bual bicara bersama artis Rosyam Noor bertajuk “Keusahawanan dari perspektif seni”,lawatan ke Nordin Batik, gerai jualan, pameran dan pertandingan.

Selain itu, beberapa anugerah juga dipertandingkan seperti Anugerah Ranc angan Peniagaan Terbaik, Anugerah Projek Keusahawanan Siswa Terbaik, Anugerah Booth Terbaik, dan Anugerah Usahawan Siswa Terbaik.

Kejayaan wakil UTHM ini merupakan hasil sumbangan serta tunjuk ajar daripada Ketua Pusat Tekno Usahawan, Profesor Madya Nawawi Jusoh yang selama ini membangunkan program keusahawanan dikalangan mahasiswa dan staf UTHM.

Pencapaian kali merupakan kejayaan kedua Pusat Tekno Usahwan UTHM mengharu mkan nama universiti dalam tempoh sebulan selepas berjaya muncul Johan Cabaran Catur Bistari Peringkat Kebangsaan 2009/2010 pada bulan Januari 2010 yang lalu.

Sementara itu, turut menerima Anugerah Program Usahawan Terbaik, Mohd Noru lizam Mohamad Nor yang diwakili rakan kongsinya, Mohd Firdaus Adnan dari U niversiti Utara Malaysia (UUM), Anugerah Projek Keusahawanan Siswa Terbaik, De'Jour Miss Pastry dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Anugerah Rancangan Perniagaan Terbaik, Boonga Studio dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Artikel Sebelum

Artikel Lain