Enam Kampus Baru UiTM Dibina Tahun Ini

Diterbitkan: Selasa, 2 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pembinaan enam buah kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) di enam lokasi akan dibuat menerusi kaedah inisiatif pembiayaan swasta bagi memenuhi sasaran penempatan 200,000 pelajar.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, enam lokasi itu ialah di Pasir Gudang, Johor, Jasin di Melaka, Seremban 3, Samarahan di Sarawak, Puncak Alam di Selangor dan Tapah, Perak.

"Setiap satu kampus itu membabitkan kos sebanyak RM300 juta dan mampu menempatkan 5,000 pelajar. Kesemua projek itu dijangka dapat beroperasi dalam tempoh setahun setengah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Mohamed Khaled menyaksikan majlis menandatangani perjanjian Konsesi Asrama Secara Penswastaan antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan Pengurusan Konsesi Asrama Sdn Bhd (Peka).

UTeM diwakili Naib Canselornya, Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan dan Pengarah Pengurusan Konsesi Asrama Sdn Bhd, Nazli Khir Johari. Menerusi perjanjian itu, sembilan blok bangunan asrama lima tingkat yang boleh memuatkan 3,060 pelajar akan dibina di tanah seluas 28 hektar di Durian Tunggal, Melaka, yang dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.

Selain itu terdapat dua arked pelajar, lapan unit kediaman untuk felo asrama serta dua unit kediaman pengetua asrama melibatkan jumlah keseluruhan kos sebanyak RM73 juta dengan setiap pelajar akan dikenakan caj sewaan sebanyak RM1,579.50 setahun.

Dengan pembinaan projek itu menjadikan UTeM universiti kedua membina asrama menerusi kaedah itu selepas Universiti Perguruan Sultan Idris. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan