suria

Penerima Anugerah Merdeka Sampaikan Ceramah 9 Feb Ini

SKUDAI: Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Profesor Datuk Ir Dr Zaini Ujang akan menyampaikan syarahan bertajuk A Scholarship Voyage: On Academic Iconism, Innovation Ecosystem and Water Sustainability, 9 Febuari ini.

Menurut Penolong Pendaftar (Media) Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM, Sabri Ahmad, syarahan ini akan diadakan di Dewan Jumaah, Kampus Antarabangsa UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur bermula jam 9.30 pagi.

Ia adalah yang pertama daripada enam siri yang dirancang sepanjang tahun 2010, kata Sabri dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Zaini yang dipilih sebagai penerima Anugerah Merdeka 2009 bagi kategori Pencapaian Ulung Akademik akan menyampaikan syarahan yang meliputi pelbagai peringkat perjalanan kesarjanaannya dari zaman kanak-kanak hingga ke profesor dan dari pengalaman peribadi kepada kematangan berfalsafah.

Beliau juga akan turut membicarakan bagaimana beliau keluar dari ketidakpastian kepada seorang idealisma dan daripada pelajar kimia tulen hingga kepada pakar dalam kelestarian air.

Menurut Sabri, fokus syarahan Dr Zaini juga akan turut menyentuh sikap dan sifat peribadi seorang sarjana, universiti dan idealisma intelek.

Naib Canselor UTM itu juga percaya penumpuan harus diberikan kepada strategi dan inisiatif ke arah ekosistem yang berinovasi dan iklim intelektual yang dinamik jika ahli akademik ingin kekal relevan dan berdaya saing.

Dalam syarahannya nanti, beliau juga akan memberi penekanan kepada perkara utama dalam kejayaan seorang akademik dan kecemerlangan seorang sarjana dan usahanya mewujudkan budaya ilmu dan ekosistem intelektual yang subur di universiti yang diterajuinya.

Syarahan ini akan disampaikan dalam bahasa Inggeris dan orang-ramai yang berminat dijemput hadir.

Artikel Lain