Pililihan Raya Kampus: Kementerian Tak Cadang Wajibkan Mahasiswa Mengundi

Diterbitkan: Selasa, 26 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GOMBAK: Kementerian Pengajian Tinggi berpuas hati dengan peningkatan tahap kesedaran mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang keluar mengundi pada pilihan raya kampus setiap tahun.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Hou Kok Chung sehubungan itu berkata, pihak universiti dan kementerian merasakan tidak perlu menggunakan cara paksaan untuk memastikan para mahasiswa menunaikan tanggungjawab itu.

"Kita tidak paksa. Sebenarnya, kampus adalah tempat yang terbaik untuk melatih mahasiswa tentang perkara ini sebelum mereka berdepan dengan benda yang lebih besar seperti pilihan raya umum.

"Namun, kementerian sebenarnya berpuas hati kerana kesedaran untuk mengundi di kalangan mahasiswa semakin tinggi saban tahun.

"Malah, menerusi liputan media setiap kali pilihan raya kampus diadakan, kita dapat melihat perkembangan yang baik dari segi bilangan mahasiswa yang keluar mengundi," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media sempena pelancaran Pameran Inovasi, Rekaan dan Kajian 2010 (IRIIE 2010) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada sesi ini di seluruh IPTA yang akan berakhir pada Khamis ini.

Antara IPTA terbabit yang selesai menjalankan pilihan raya kampus termasuk Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Manakala beberapa universiti lain seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengadakan pemilihan MPP mereka pada 28 Januari ini.

Hari ini Universiti Putra Malaysia (UPM) mengadakan pemilihan MPP dan dijangkakan keputusan tidak rasmi bakal diperoleh pada malam ini.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan