suria

Proses Penamaan Calon Pilihan Raya Kampus 4 IPTA Berjalan Lancar

Para penyokong Pro-Mahasiswa (Pro-M) bersama maskot memeriahkan suasana proses penamaan calon pilihan raya kampus Universiti Malaysia hari ini. -Foto Ihsan SIN CHEW JIT POH
Para penyokong Pro-Mahasiswa (Pro-M) bersama maskot memeriahkan suasana proses penamaan calon pilihan raya kampus Universiti Malaysia hari ini. -Foto Ihsan SIN CHEW JIT POH
Para penyokong Pro-Mahasiswa (Pro-M) bersama maskot memeriahkan suasana proses penamaan calon pilihan raya kampus Universiti Malaysia hari ini. -Foto Ihsan SIN CHEW JIT POH

PETALING JAYA: Proses penamaan calon bagi pilihan raya kampus di empat universiti awam iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berlangsung hari ini dengan lancar.

Di UM, kira-kira 200 penyokong pro-Mahasiswa berbaju oren berarak ke pusat penamaan calon di Dewan Tunku Canselor pagi ini untuk menyokong 32 calon mereka.

Sementara, para penyokong pro-Aspirasi pula berkumpul di Fakulti Sains, dekat pusat penamaan calon. Mereka menyokong calon di semua 41 kerusi yang dipertandingkan.

Kedua-dua kumpulan saling bersorak dengan pro-Mahasiswa menuduh kumpulan pro-Aspirasi mendapat bantuan kewangan daripada pentadbiran kampus.

Manakala penyokong pro-Aspirasi pula membalas dengan melaungkan slogan 'pro-Mahasiswa alat Parti Keadilan Rakyat (PKR)'

Di UKM, sebanyak 35 kerusi dipertandingkan iaitu 24 kerusi bagi kawasan fakulti dan 11 kerusi bagi kawasan umum pada pemilihan kali ini.

Bagaimanapun, selepas penamaan calon, 34 kerusi lagi akan dipertandingkan pada Khamis ini bagaimanapun pro-Mahasiswa menang satu kerusi tanpa bertanding.

Pengerusi dan juga Ketua Jentera Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) sesi ini, Affendi Abdul Rahman berkata, GMUKM menyasarkan untuk memenangi majoriti mudah.

Menurutnya, pihaknya memperjuangkan tiga isi penting manifesto mereka iaitu intelektual, pemerkasaan mahasiswa dan kebajikan.

Katanya, gabungan itu bersandarkan kepada minimum 18 kerusi bagi membolehkan mereka menubuhkan Persatuan Mahasiswa UKM di bawah tampuk kepimpinan baru bagi sesi ini.

Di USM pula sejumlah 39 kerusi akan dipertandingkan. Setakat ini pro-Aspirasi sudah memenangi 17 menang tanpa bertanding sementara pro-Mahasiswa hanya meletakkan tiga calon.

Turut bertanding kali ini ialah enam calon bebas.

Di UTM Skudai, tiada perarakan dilakukan berikutan dengan syarat terbaru pilihan raya kampus yang melarang calon berbuat demikian.

Artikel Lain