suria

Jabatan Perpaduan Tawar Jawatan Untuk Graduan Menganggur

ALOR SETAR: Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional (JPNIN) hari ini mempelawa orang ramai khususnya graduan menganggur untuk berkhidmat dengan jabatan itu sebagai Pegawai Penggerak Perpaduan.

Ketua Pengarah jabatan Datuk Azman Amin Hassan berkata tugas mereka adalah membantu jabatan melaksanakan program-program kemasyarakatan termasuk menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk.

Mereka akan ditempatkan di kawasan-kawasan Parlimen di empat buah negeri iaitu Johor, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Jawatan ini adalah secara kontrak antara dua dan tiga tahun, dan diletakkan pada Gred S32," katanya sambil menambah mereka yang berminat boleh memohon terus kepada jabatan itu.

Mengulas mengenai peruntukan kepada Rukun Tetangga, Azman berkata selain peruntukan bulanan RM4,800, kerajaan juga akan memberi tambahan sebanyak RM500 sebulan kepada pasukan yang aktif.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 5,409 Rukun Tetangga di seluruh negara menyaksikan pertambahan 500 pasukan pada tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Lain