Usahasama UM, Universiti Kyoto Diperkukuh Dengan Dua Program Baru

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) hari ini memperkukuhkan usahasama selama 25 tahun yang dijalin dengan Universiti Kyoto dengan melancarkan dua program baru peringkat ijazah lanjutan dan kedoktoran dalam bidang pengurusan alam sekitar iaitu Kejuruteraan Keselamatan Manusia bagi Bandaraya Mega Asia dan Pembangunan Sumber Manusia bagi Pembangunan Alam Sekitar.

Usahasama itu diperkukuhkan lagi dengan penubuhan cawangan ke-39 Universiti Kyoto di Universiti Malaya yang merupakan cawangan luar negara pertamanya di Malaysia bagi Pendidikan dan Penyelidikan.

Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie berkata beliau yakin usahasama itu akan menjadi batu loncatan bukan sahaja kepada kedua-dua universiti tetapi juga bagi Malaysia dan Jepun dalam menggalakkan lebih banyak pertukaran dalam pendidikan dan penyelidikan.

Universiti Kyoto dan Universiti Malaya telah terbabit dalam program pertukaran antara universiti bagi tempoh lebih 25 tahun.

"Sepanjang tempoh ini, Universiti Kyoto telah menerima kira-kira 650 penyelidik dari Universiti Malaya dan menghantar kira-kira 600 penyelidik ke sini untuk bekerjasama dalam penylidikan dan kajian lapangan," kata Horie semasa merasmikan cawangan luar negara Universiti Kyoto itu di Universiti Malaya di sini hari ini.

Beliau turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bagi program berkenaan antara Naib Canselor UM Dr Ghauth Jasmon dan Dekan Graduate School of Engineering Universiti Kyoto, Prof Koichiro Oshima.

Program pertama berkaitan bidang kejuruteraan keselamatan manusia di bandar yang meliputi sistem teknologi bagi reka bentuk dan pengurusan di bandaraya yang akan membolehkan penghuninya hidup dalam persekitaran kesihatan lebih sihat dan bebas daripada ancaman bencana besar dan kemusnahan alam sekitar.

Program kedua pula berkaitan keperluan melatih pemimpin muda untuk menyelesaikan masalah alam sekitar, khususnya dalam konteks rantau Asia.

"Objektifnya ialah melatih pemimpin-pemimpin di Asia untuk menangani isu alam sekitar dan melaksanakan program perancangan daripada segi tadbir urus, pengurusan infrastrukur bandaraya, kesihatan dan risiko bencana dan kemusnahan alam sekitar di Asia," kata Horie.

Kedua-dua program menawarkan latihan untuk pelajar dan pertukaran staf. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan