Alat Kesan Virus Cirit Birit Menang Anugerah Utama IID UiTM 2010

Diterbitkan: Khamis, 14 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Kesihatan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Zuridah Hassan menggondol Anugerah Utama Rekacipta, Inovasi dan Rekabentuk UiTM (IID 2010) menerusi penghasilan alat yang dikenali sebagai "RoNo Quick" yang boleh mengesan Rotavirus dan Norovirus.

Rotavirus merupakan salah satu virus yang dikenal pasti sebagai punca penyakit cirit-birit di kalangan kanak-kanak manakala Norovirus pula sejenis virus cirit-birit yang menyerang semua peringkat usia.

Dr Zuraidah berkata, pada mulanya beliau membuat kajian mengenai alat mengesan Rotovirus semasa menyertai program penyelidikan di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selama tiga bulan di Melbourne, Australia daripada Jun hingga Ogos 2008.

"Sekembalinya ke tanah air saya meneruskan kajian mengenai Norovirus dan mencipta alat pengesan virus cirit birit dua dalam satu, RoNo Quick untuk Rotavirus dan Norovirus," katanya selepas menerima anugerah itu pada majlis penyampaian anugerah IID 2010 yang disampaikan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadilah Yusof di sini hari ini.

Katanya, alat itu masih belum digunakan di dalam bidang perubatan dan Kementerian Kesihatan setakat ini hanya telah meluluskan penggunaan alat mengesan Rotavirus.

Beliau berkata, RoNo Quick bertindak dengan mengesan kehadiran Rotavirus atau Norovirus menerusi sample najis pesakit dan ia adalah satu peralatan yang mudah serta kos efektif.

Dr Zuridah bersama pelajar-pelajar yang membantu kajiannya itu membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala iringan dan sijil dan turut memenangi Anugerah Rekacipta IID Kelas Berlian dan membawa pulang RM5,000, piala iringan dan sijil.

Sementara itu, seorang lagi pensyarah dari Institut Penyelidikan Perakaunan UiTM, Prof Madya Dr Zuraidah Mohd Sanusi turut menerima Anugerah Rekacipta IID Kelas Berlian menerusi perisian "AQUR".

Sistem AQUR yang dibangunkan dengan kerjasama Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Yayasan Penyelidikan Perakaunan dan Pendidikan Malaysia (Maref)bertujuan bagi memastikan firma juruaudit menepati garis panduan kerja atau standard yang ditetapkan oleh MIA yang dikenali sebagai "ISQC1".

Beliau yang dibantu tujuh lagi penyelidik mengambil masa setahun bagi menyiapkan perisian itu yang bakal digunakan untuk mengaudit para juruaudit.

Dr Zuraidah berkata, pembangunan perisian seumpama ini kena pada masanya kerana mesyarakat kini mementingkan ketelusan bagi menjaga kepentingan mereka termasuklah kewibawaan dan integriti para juruaudit di negara ini.

"Perisian itu kini boleh dilayari di halaman web Maref, katanya.

Lebih 1,000 produk yang dihasilkan oleh pensyarah dan pelajar UiTM dipamerkan sempena IID 2010 di UiTM Shah Alam yang bermula Selasa lepas sehingga hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan