Kerajaan Tubuh Majlis Profesor Negara

Diterbitkan: Selasa, 12 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menubuhkan institusi keilmuan dikenali sebagai Majlis Profesor Negara (MPN), yang menghimpunkan komuniti cendekiawan terunggul negara selaras dengan usaha mengekalkan kewibawaan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) negara, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya, MPN akan menghimpunkan ahli akademik negara khususnya di kalangan profesor dan yang bergelar doktor.

"MPN ditubuhkan selaras dengan usaha memelihara kewibawaan dan komitmen IPT dalam bidang keilmuan. Kita harap menerusi majlis ini, ia akan menyumbang input kepakaran bagi kegunaan advokasi awam dalam memperkukuhkan asas penggubalan dan pelaksanaan dasar negara," katanya semasa menyampaikan perutusan tahun baru kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata, IPT di seluruh negara memiliki 1,426 profesor dalam pelbagai bidang pengajian, justeru penubuhan MPN dilihat sebagai wadah yang akan bertindak untuk memberi khidmat nasihat dan pemikiran baru dalam meningkatkan daya saing negara.

"MPN juga akan memberi peluang kepada kumpulan elit keilmuan ini untuk memberi sumbangan kepakaran masing-masing," katanya.

Mohamed Khaled berkata, kementeriannya turut membangunkan Indeks Kesarjanaan bagi menentukan kriteria tertentu ahli akademik untuk meningkatkan keyakinan orang awam.

"E-Academia yang diperkenalkan melalui kaedah ini akan menghubungkan semua komuniti keilmuan di IPT bagi melaksanakan agenda keilmuan masing-masing.

"Garis panduan etika penggunaan gelaran profesor dan doktor juga akan ditentukan untuk memelihara imej dan martabat golongan akademik itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan