Kerabu epal hijau - Jamu Selera | mStar

Kerabu epal hijau

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2018 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kerabu epal hijau boleh membuatkan anda kecur air liur kerana rasanya yang rangup dan masam-masam manis itu. Kalau masih tercari-cari menu yang sesuai disediakan untuk berbuka puasa hari ini, apa kata anda cuba menu ini. Pasti tidak menyesal!

Bahan-bahan: 

Epal hijau
Ikan
Sos ikan
Gula melaka Thai
Gula
Limau nipis
Cili padi
Bawang merah
Daun limau nipis
Daun ketumbar
Kacang

Cara-cara: 

1. Rebus ikan terlebih dahulu. Kemudian hancurkan isi ikan dan goreng sehingga rangup.

2. Potong nipis semua bahan.

3. Dalam satu bekas, sediakan sos. Masukkan sos ikan, gula Melaka Thai, gula, limau nipis dan cili padi. Kacau sehingga sebati.

4. Masukkan epal hijau, bawang merah, daun limau nipis. Gaul sehingga rata.

5. Masukkan daun ketumbar. Gaul rata.

6. Tuangkan sos yang telah disediakan dengan rata atas isi ikan yang telah digoreng.

5. Taburkan kacang ke atas hidangan.

Resipi ini disediakan oleh Chef Adamdidam.

Tags / Kata Kunci: kerabu epal hijau

iklan

WAKTU SOLAT

13-November-2018 | 05 Rabiulawal, 1440

    iklan

    Iklan