Kerabu telur tom yam - Jamu Selera | mStar

Kerabu telur tom yam

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUDAH dan menjimatkan! Telur goreng lembut berjus diadun bersama pes tom yam ini sesuai dihidangkan sebagai menu sampingan untuk berbuka puasa kerana ia memberikan rasa masam-masam manis dan sedikit 'spicy' sebagai pelengkap hidangan anda.

Bahan-bahan: 

Cili padi
Sos ikan
Limau nipis
Bawang besar
Telur
Gula
Pes tom yam
Daun bawang
Daun sup

Cara-cara: 

1. Goreng telur terlebih dahulu. Potong nipis semua bahan termasuk telur yang telah digoreng.

2. Dalam satu bekas, sediakan sos. Masukkan sos ikan, gula, pes tom yam, limau nipis, cili padi. Kacau sehingga sebati.

3. Dalam bekas yang lain, masukkan telur yang telah dipotong, bawang besar, daun bawang dan daun sup.

4. Campurkan sos yang telah disediakan kedalam bekas yang berisi telur goreng.

5. Gaul semua bahan sehingga rata.

Resipi ini disediakan oleh Chef Adamdidam.

Tags / Kata Kunci: kerabu telur tom yam

iklan

WAKTU SOLAT

13-November-2018 | 05 Rabiulawal, 1440

    iklan

    Iklan