Iftar ala kampung di hotel lima bintang - Jamu Selera | mStar

Iftar ala kampung di hotel lima bintang

Diterbitkan: Selasa, 12 Jun 2018 1:21 PM

(Ubah saiz teks)

SETELAH seharian berpuasa, anda pastinya mahu berbuka dengan sesuatu yang membangkitkan selera.

Jika anda masih tercari-cari, The Living Room di The Westin Kuala Lumpur adalah lokasinya.

Menawarkan bufet Ramadan berkonsepkan juadah iftar kampung, pendek kata semuanya ada di sini.

Hidangan signatur di sini adalah briyani dengan kambing panggang.

Ia ternyata berbaloi untuk dicuba. Keenakan kambing yang dipanggang oleh pasukan kulinari di situ ternyata luar biasa dan dihasilkan dengan penuh kepakaran.

Seleksi ulam dan kerabu turut ditawarkan. Namun, yang laping laris pastinya kerabu sotong dengan serai dan kupang berlada.



Juadah tradisional seperti rendang ayam, gulai keting kambing keluak dan asam pedas claypot juga ada.

Selain itu, anda boleh menikmati hidangan tradisional seperti ayam bakar sambal kelapa yang sangat menyelerakan.

Terdapat juga Vietnamese Spring Rolls yang diberi sentuhan segar dan sangat membangkitkan selera.

Ketam masak lemak nenas juga wajib dicuba jika anda datang berbuka puasa di sini.

Bagi pencuci mulut pula, kuih muih seperti seri muka, kuih cara, wajik dan cendol turut ditawarkan buat pengunjung.

Harga bufet ialah RM158 untuk dewasa dan akan berakhir pada 12 Jun ini.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-27738338 atau hantarkan email kepada westindining@westin.com.

Tags / Kata Kunci: Westin , The Living Room

iklan

WAKTU SOLAT

20-June-2018 | 06 Shawal, 1439

    iklan

    Iklan