Kerabu sardin - Jamu Selera | mStar

Kerabu sardin

Diterbitkan: Selasa, 12 Jun 2018 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

Apa? Tak cukup masa untuk sediakan juadah berbuka? Cuba resipi kerabu sardin yang mudah disediakan ini tapi dalam masa sama dapat membangkitkan selera rasa.

Bahan-bahan: 

Cili padi
Garam       
Limau nipis   
Bawang besar   
Mangga muda
Serai
Daun pudina
Daun limau nipis

Cara-cara: 

1. Tuangkan tin sardin ke dalam satu bekas terlebih dahulu. Potong nipis semua bahan.

2. Dalam satu bekas yang sama. Masukkan garam dan limau nipis. Kacau sehingga rata.

3. Masukkan serai, daun limau nipis dan bawang besar.

4. Gaul semua bahan sehingga rata.

5. Masukkan daun pudina.

6. Gaul sehingga sebati.

Resipi ini disediakan oleh Chef Adamdidam.

Tags / Kata Kunci: kerabu sardin

iklan

WAKTU SOLAT

13-November-2018 | 05 Rabiulawal, 1440

    iklan

    Iklan