Iftar dim sum sambal, kombinasi unik Grand Hyatt - Jamu Selera | mStar

Iftar dim sum sambal, kombinasi unik Grand Hyatt

Diterbitkan: Isnin, 11 Jun 2018 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

ANDA gemar menikmati dim sum bersama sambal? Ia terbukti satu kombinasi yang bagus.

Menerusi bufet di JPTeres di Grand Hyatt Kuala Lumpur, anda berpeluang merasai kombinasi pelik tapi sedap dan menyelerakan.

Di restoran itu misalnya, mereka menawarkan dim sum yang dimakan bersama sambal ketuk.

Sambal berkenaan dihasilkan dengan cili, bawang putih, tomato dan ikan bilis yang dipanggang kering dan dikisar.

Malah, variasi sambal lain turut ditawarkan di situ. Antaranya, sambal gesek, sambal mangga dan sambal kerisik.

Chef Sous Mohamad Nazib Omar berkata, pihaknya menghasilkan pelbagai  juadah Melayu asli untuk pengunjung yang hadir berbuka di situ.

"Kerabu kita sangat popular sebab kita hasilkan pelbagai jenis kerabu.

"Ada kerabu mangga, kerabu kacang panjang dan macam-macam lagi," ujarnya.

Bertemakan "Citarasa Malaysia", 23 chef yang bekerja di restoran itu menyumbangkan resepi tersedendiri bagi bufet berkenaan.

Malah, terdapat 13 gerai makanan disediakan untuk pengunjung.

Hidangan seperti roti canai, mee dari serata Asia dan roti India turut ditawarkan.

Bufet berkenaan berharga RM178 untuk dewasa dan RM89 untuk kanak-kanak.

Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 03-21821234.


Tags / Kata Kunci: Grand Hyatt , dim sum

iklan

WAKTU SOLAT

13-November-2018 | 05 Rabiulawal, 1440

    iklan

    Iklan