Juadah tradisi unik tarikan bufet iftar Zenith Kuantan - Jamu Selera | mStar

Juadah tradisi unik tarikan bufet iftar Zenith Kuantan

Diterbitkan: Jumaat, 8 Jun 2018 9:58 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Tidak ketinggalan memeriahkan kehadiran bulan mulia, Hotel Zenith Kuantan turut menampilkan bufet Ramadan tersendiri.

Pasukan yang diketuai Chef Eksekutif Mazli Abdollah menghasilkan juadah tradisional yang unik khusus untuk pelanggan mereka.

Bertempat di restoran The Dining Room, pengunjung turut ditawarkan juadah antarabangsa dan seleksi pencuci mulut yang menyelerakan.

Antara yang menjadi tumpuan ramai ialah nasi kebuli ayam, nasi daging ratna sari, nasi briyani dan nasi hujan panas.

Mereka turut menyediakan kari kambing gear box, puyuh goreng berempah daun kari dan anak kambing panggang khusus untuk pengunjung yang berbuka di situ.

Malah, lima set menu berlainan akan ditukar setiap hari.



Pengunjung juga boleh menikmati nasi kerabu, aneka cucur jemput, BBQ dan ikan bakar.

Terdapat juga laksa, apam balik, kebab ayam, steamboat, tempura, sup gerabox, bubur lambuk dan nasi air.

Untuk pencuci mulut pula, anda boleh memilih untuk menikmati ais kacang, cendol pulut, dodol durin, kuih muih Melayu serta biskut raya.

Mereka turut menyediakan ruang khas untuk pengunjung menunaikan solat selepas berbuka puasa.

Bufet yang berlangsung sehingga 14 Jun ini menawarkan harga serendah RM98 untuk dewasa, RM68 (kanak-kanak) dan Rm78 (warga emas).

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi 09-565 9595 atau email kepada enquiries@thezenithhotel.com


Tags / Kata Kunci: Zenith Kuantan , Mazli Abdollah

iklan

WAKTU SOLAT

20-June-2018 | 06 Shawal, 1439

    iklan

    Iklan