The Wembley tampil menu iftar pelbagai cita rasa - Jamu Selera | mStar

The Wembley tampil menu iftar pelbagai cita rasa

Diterbitkan: Jumaat, 8 Jun 2018 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

MENGHIMPUNKAN juadah Melayu dan hidangan dari seantero dunia, bufet Ramadan di The Wembley, A St Giles Hotel, Pulau Pinang sangat berbaloi untuk dicuba.

Seleksi hidangan di situ dihasilkan dengan kepakaran tinggi oleh Chef Eksekutif Kam Kok Wai dan pasukannya.

"Pengunjung yang datang seharusnya tidak melepaskan peluang mencuba sup gearbox dan kuzi kambing.

"Dua hidangan ini boleh dinikmati bersama nasi briyani," ujar Kok Wai.

Bagi mengelakkan pengunjung merasai hidangan yang sama, mereka turut menukar menu pada setiap hari.

Antara yang patut dicuba ialah kari ikan nyonya, udang mantis rangup bersama telur masin dan keropok bakar bersama cili mayo.

"Untuk Ramadan, kita juga ada lauk pauk kampung seperti daging masak berlada, sotong masak kunyit, ayam masak lemak cili api, ayam percik dan banyak lagi.

"Pilihan makanan turut meliputi ulam-ulaman Melayu, sushi roll Jepun, salad ala Cina, salmon yang diperap dengan kopi dan banyak lagi," ujar Kam lagi.


Seleksi makanan laut seperti udang harimau, ketam, kupang dan tiram turut dihidangkan kepada pengunjung.

Bagi pencuci mulut pula, anda boleh menikmati blueberry streusel, bubur kacang merah manis, puteri bersiran dan durian.

Bufet berharga RM113 untuk dewasa, RM57 (kanak-kanak) dan RM79 (warga emas).

Pada hari raya, mereka turut menawarkan bufet khas dengan harga RM66 untuk dewasa, RM33 (kanak-kanak) dan RM46 (warga emas).

Bagi bufet makan malam raya pula, ia berharga RM113 untuk dewasa, RM57 (kanak-kanak) dan RM79 (warga emas).

Ia berlangsung pada hari raya pertama dan kedua sahaja.

Untuk tempahan, boleh hubungi talian 04-2598123.


Tags / Kata Kunci: The Wembley , St Giles

iklan

WAKTU SOLAT

20-June-2018 | 06 Shawal, 1439

    iklan

    Iklan