suria

Rendang ayam

RENDANG ayam bukan sahaja boleh dijadikan hidangan untuk berbuka puasa tetapi menu utama sempena Aidilfitri yang akan kunjung tiba tidak lama lagi. Tak sah raya kalau tak ada rendang ayam. Enak dimakan bersama ketupat panas mahupun nasi panas.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam

2 cawan santan

2 sudu kerisik

1 helai daun kunyit diracik halus

3 helai daun limau purut di hiris kasar

minyak untuk menumis

garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar :

20 biji cili kering

2 biji bawang besar

4 biji bawang merah

9 ulas bawang putih

4 batang serai

3 inci kunyit hidup

3 inci halia

3 inci lengkuas

Cara penyediaan:

- Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.

- Masukkan santan dan ayam. Gaul rata.

- Masukkan kerisik dan kacau rata. Masukkan garam gula.

- Apabila kuah dah pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Gaul rata dan siap.

* Kredit: Facebook Zaky Mat Ali

rendang ayam

Artikel Sebelum

Kerabu ayam

Artikel Berikut

Tat Cadbury

Artikel Lain