Legend Resort tawar set bufet berbeza tiap hari - Jamu Selera | mStar

Legend Resort tawar set bufet berbeza tiap hari

Diterbitkan: Jumaat, 8 Jun 2018 9:50 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Budaya, rasa, warna dan aroma juadah Malaysia disatukan menerusi bufet Ramadan di O’las Hall diThe Legend Resort Cherating.

Bertemakan Sari Rasa Pantai Timur, mereka menawarkan lebih 100 juadan untuk pengunjung.

"Di sini, kami menawarkan tujuh set bufet yang akan ditukar setiap hari.

"Selain kepelbagaian juadah, anda juga dapat menikmati permandangan laut sambil dihiburkan dengan alunan muzik yang mendamaikan," ujar pengurus residen hotel berkenaan, G.Siva Ram.

Antara yang ditawarkan ialah nasi bukhari, nasi briyani, nasi kunyit kismis, kambing panggang dan rendang tok.

Selain itu, ikan bakar, ikan masak lemak tempoyak, kari ikan masak lemak cili padi, gulai ikan, ayam lemon dan ayam percik turut ditawarkan.

Hidangan signatur di situ ialah Seafood Kava yang menghimpunkan makanan laut seperti ketam, udang, kepah dan sotong dalam satu kuali.

Tidak cukup dengan itu, ayam masak rempah, rendang daging, daging masak hitam, kebab, sotong goreng berlada dan telur itik masak lemak juga ada.

Mereka turut menawarkan salad daging Thai, salad mangga, ikan perkasam, kerabu sotong, kerabu perut, achar jelatah, jeruk cermai, jeruk betik muda, pasembor, ulam-ulaman dan macam-macam lagi.

Pengunjung yang datang juga berpeluang menikmati sup gearbox, sup kambing, sup ayam, laksa utara, asam laksa, laksa Terengganu, murtabak, roti canai, sate dan roti nan.

Semua makanan yang disebutkan di atas boleh dinikmati dengan harga serendah RM55 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, hubungi 09-5819818 atau hantarkan email kepada reservation@legendresort.com.my.

Tags / Kata Kunci: Legend Resort , Seafood Kava

iklan

WAKTU SOLAT

20-June-2018 | 06 Shawal, 1439

    iklan

    Iklan