Warisan Tradisi di SACC - Jamu Selera | mStar

Warisan Tradisi di SACC

Diterbitkan: Selasa, 5 Jun 2018 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

"TIADA yang lama, tiadalah yang baharu". Inilah ungkapan yang menjadi inspirasi kepada Chef Eksekutif, Jamili Napiah dan Sous Chef Rizal Nahar untuk membawakan hidangan 'Warisan Tradisi' kompilasi resipi nenek moyang dengan gabungan lebih 100 sajian menarik dari dapur Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) sebagai menu bufet sepanjang Ramadan ini.

Pastinya hidangan istimewa seperti pajeri kedondong, masak lemak pisang muda, sotong masak hitam, ayam masak seroja, singgang kepala ikan, sambal udang terung pipit dan kuih-muih tradisional termasuk apam balik nestum menjadi kelebihan bufet tersebut yang secara tidak langsung akan menambah selera berbuka anda.

Bukan itu saja, terdapat beberapa reruai yang menyediakan pelbagai juadah istimewa kepada pelanggan termasuk sup periuk utara, pecal, ikan bakar, kambing kebuli, beef pad Thai, rendang tok, bubur lambuk, ubi kayu bakar, jagung rebus dan air yang popular ketika Ramadan iaitu air Kathira.

Kelazatannya boleh dirasai kerana cita rasanya yang sempurna hasil gabungan kepakaran chef SACC dan ramuan-ramuan istimewa.

Dengan hanya RM88++ untuk dewasa dan RM52+ untuk kanak-kanak (7-10 tahun dan warga emas (60 tahun ke atas), amat berbaloi dengan pakej bufet yang ditawarkan. Sementara kanak-kanak di bawah usia enam tahun akan dijamu secara percuma.

Buffet Ramadan SACC ini dibuka dari jam 6.30 petang hingga 10 malam setiap hari bermula 18 Mei hingga 13 Jun ini.

Bagi mereka yang merancang untuk berbuka bersama rakan niaga atau kaum keluarga, boleh dapatkan penjimatan melalui promosi Early Bird dengan hanya RM78+ yang kini sedang berlangsung (semua pembayaran mesti dbuat sebelum tarikh 17 Mei. Selepas tarikh tersebut, harga jualan RM88+ akan berkuat kuasa).

Tags / Kata Kunci: Warisan Tradisi , SACC
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan