suria

Jom rasai lauk kampung di Pullman Bangsar

BERKONSEPKAN kampung Ramadan, anda pasti terbayangkan gulai kawah, hidangan panggang, air kelapa segar dan durian.

Itulah yang boleh digambarkan mengenai bufet Sajian Selera Desa di Restoran All Day Dining, di Hotel Pullman Bangsar di ibu negara.

Antara sajian utama ialah gulai kawah, sup gearbox, daging panggang ala Mongolia, makanan laut panggang, satay Kajang serta variasi minuman dan pencuci mulut.

Sup gearbox merupakan hidangan yang wajib dicuba di sini. Begitu juga dengan daging panggang Mongolia yang lembut dan menyelerakan.

Selain itu, kambing panggang yang dihidangkan dengan sos rosemary juga pastinya mengoda deria rasa anda.

Sekitar pukul 9 malam, bersedialah untuk beratur panjang bagi menikmati durian.

Selepas itu, basahkan tekak dengan minuman sejuk seperti sirap bandung, jus tebu dan ais kacang.

Selain itu, mereka turut menawarkan nasi kambing arab special, bubur lambuk, rojak buah, ulam-ulaman dan kerabu.

Makanan India dan Cina juga ditawarkan buat pengunjung. Malah, pencuci mulut barat dan kuih tempatan juga ada.

Bagi menambah kemeriahan, anda akan dihiburkan dengan persembahan ghazal.

Harga bufet disini ialah RM168 untuk dewasa dan RM84 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 03-2298 1888 sambungan 5000.

Selera Desa, Pullman, gulai kawah

Artikel Lain