suria

Juadah tradisi P.Pinang tarikan Light Hotel

BERTEMAKAN 'An Ode To The Pearl Of The Orient', Light Hotel Penang di Seberang Jaya tampil dengan hidangan istimewa negeri itu sempena Ramadan kali ini.

Chef eksekutif, Halim Mohamad dan pasukannya akan menyediakan pelbagai juadah Pulau Pinang khas untuk anda.

Ia termasuklah nasi kandar, ayam bawang, gulai udang, kambing hitam manis, gulai kepala ikan dan sup gearbox.

Kambing golek warisan Tok Wan yang diperap menggunakan resepi perapan keluarga Halim turut ditawarkan buat anda.

Bagi penggemar durian pula, mereka boleh mencuba bubur durian yang dimakan bersama roti benggali.

Bubur lambuk, ayam nangka pucuk ubi, ikan patin gulai tempoyak dan telur itik lemak cili api belimbing buluh juga ditawarkan buat pengunjung.

Di seksyen makanan Cina, anda boleh menikmati nasi ayam, kepak ayam rangup, mee udang Hokkien dan dim sum.

Di bahagian makanan India pula, mereka menawarkan roti telur, Sri Lanka roll, appam kelapa, idli dan tosai.

Selain itu, terdapat juga makanan barat seperti pizza dan daging lembu bourguignon.

Malah, anda juga boleh mencuba kuih nagasari, kuih qasidah dan som-som gula kabung.

Harga buffet untuk dewasa ialah RM110 manakala untuk kanak-kanak dan warga emas harganya RM90.

Bagi menambahkan kemeriahan, pengunjung bakal dihiburkan oleh Rayyan Band yang akan menyanyikan lahu nasyid, lagu Melayu dan lagu Arab.

Untuk tempahan, hubungi 04-3821111 ataupun hantarkan email kepada [email protected].




Light Hotel, roti benggali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Air nabeez

Artikel Lain