Wajib cuba nasi beriani dalam buluh kalau ke P. Pinang - Jamu Selera | mStar

Wajib cuba nasi beriani dalam buluh kalau ke P. Pinang

Diterbitkan: Ahad, 20 Mei 2018 9:43 AM

(Ubah saiz teks)

SELAIN nasi kandar, nasi beriani adalah antara makanan popular yang wajib dicuba sekiranya berkunjung ke Pulau Mutiara ini.

Kebiasaannya, nasi beriani yang dijual di kedai-kedai dimasak dalam periuk mahupun belanga, namun cef T. Gunaseelan, 26, menampilkan kelainan dengan memasak nasi  tersebut di dalam buluh.

"Pulau Pinang memang terkenal dengan makanan. Saya lakukan penyelidikan dalam internet dan media sosial serta mendapat idea untuk memasak nasi beriani di dalam buluh.

“Orang ramai teruja apabila melihatnya. Pada mulanya saya cuba dengan kawan-kawan serta ibu bapa saya dan mereka kata idea nasi beriani dengan aroma buluh itu amat baik. 

"Saya mulakan dengan  perkhidmatan katering terlebih dahulu sejak setahun lepas sebelum mengambil keputusan membuka gerai,” katanya kepada Bernama, di sini.

Selain menjalankan kajian, beliau turut menggunakan pengalamannya bekerja di hotel selama lima tahun bagi mendapatkan kelainan dan resipi terbaik sebelum mengambil keputusan berhenti kerja sebagai cef.

Gunaseelan yang juga bekas pelajar Politeknik Seberang Perai itu berkata beliau turut mencuba nasi beriani daripada pelbagai kedai sebelum berjaya menghasilkan resipi terbaik hasil gabungan air tangannya dan ibu.

"Nasi yang sudah separuh masak saya masukkan dalam buluh dicampur sekali dengan kuah dan daging sebelum masak semula selama 45 hingga 50 minit. Saya  akan kukus nasi ini, bila pelanggan tempah mereka akan dapat nasi yang panas," katanya.

Anak sulung daripada empat beradik itu kini mengusahakan gerai makan yang dibuka setiap hari kecuali Rabu bersama ibunya sepenuh masa, bermula dari 11 pagi hingga 3 petang dan dilanjutkan hingga 7 malam sempena sambutan Ramadan.

Beliau berkata pelanggan Muslim tidak perlu bimbang untuk menikmati nasi beriani dari gerainya itu kerana ayam dan daging yang digunakan diperoleh dari pembekal Muslim.

Katanya sambutan yang diterima sangat menggalakkan sehingga pihaknya terpaksa menambah bilangan buluh yang kebanyakannya diambil dari Balik Pulau, Sungai Ara, Telur Kumbar dan Kulim, Kedah, bagi menampung permintaan tinggi termasuk ketika Ramadan ini.

Gunaseelan juga merancang untuk mengembangkan perniagaannya dengan membuka tempahan set nasi beriani ayam, kambing dan ikan berharga antara RM11 dan RM13 yang boleh didapati di gerainya itu bagi penghantaran dari rumah ke rumah. - Bernama

Tags / Kata Kunci: nasi beriani buluh
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan