suria

Pak Nass Ixora hidang citarasa desa

BUFET Ramadan Citarasa Desa Ala Pak Nass di Hotel Ixora bermula 21 Mei sehingga 14 Jun ini menawarkan hidangan Malaysia khas untuk anda semua.

Di premis yang terletak di Jalan Baru, Bandar Perai Jaya, mereka fokus dengan hidangan tradisional Melayu yang pastinya digemari ramai.

Antara yang ditawarkan ialah kambing panggang golek, shawarma ayam, ayam kuzi berempah dengan kismis, daging dendeng madu dan nasi biryani kacang gajus.

Menurut Chef Nassir Ismail, kambing diperap selama tiga hari menggunakan resepi rahsia istimewa yang dipanggang dalam tempoh yang lama di atas api perlahan.

Pembuka selera seperti salad, ulam-ulaman, jeruk buah dan pelbagai jenis keropok juga disediakan di samping sup ayam berempah dan bubur lambuk ayam.

Selain itu, terdapat juga gulai ikan keli timun muda tumis darat, udang goreng nestum daun kari, kupang masam manis, ayam masak Shamah dan patin masak cuka cili padi.

Anda juga berpeluang menikmati asam laksa, mee mamak istimewa, pasembur, ais kacang, cendol dan rojak buah.

Pencuci mulut pula membariskan menu seperti agar-agar, puding mangga, jeli strawberi, biskut, kurma dan kuih-muih.

Harga bufet untuk dewasa ialah RM86 manakala untuk kanak-kanak RM56.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi 04-3828000 sambungan 1303.


Ixora, Pak Nass

Artikel Sebelum

Artikel Lain