suria

Warna-Warna Ramadan juadah iftar Mutiara JB

JOHOR BAHRU: Pada Ramadan kali ini, Hotel Mutiara Johor Bahru menawarkan bufet Ramadan 'Warna-Warna Ramadan' di Restoran Seri Mutiara.

Pasukan kulinari restoran itu menyediakan lebih 100 juadah dengan lima menu yang akan bertukar-tukar.

Juadah tambahan untuk Ramadan kali ini termasuklah murtabak ikan tenggiri, roti john black pepper ayam dan Shell-Out Taco dengan inti ayam, udang atau daging.

Menu popular lain seperti kambing panggang, nasi briyani, char koay teow, satay, popia basah, laksa Johor, mee rebus dan nasi ayam turut disediakan.

Terdapat juga ulam-ulaman serta minuman seperti air katira dan teh tarik.

Selain itu, pencuci mulut tempatan dan antarabangsa seperti puding, kek dan buah-buahan kering juga ditawarkan buat pengunjung.

Bufet Ramadan yang bermula pada 17 Mei sehingga 14 Jun ini boleh didapati dengan harga RM125 untuk dewasa dan RM65 (kanak-kanak  berusia empat hingga 12 tahun).

Sementara itu, Restoran Seri Mutiara juga akan mengadakan jamuan teh dan bufet makan malam pada hari pertama Aidilfitri (15 Jun) dengan harga RM75 untuk dewasa dan RM45 kanak-kanak.

Bufet makan malam pula berharga RM95 (dewasa) dan RM65 (kanak-kanak).

Untuk sebarang pertanyaan dan informasi, hubungi Mutiara Johor Bahru di talian 07-3300300 ataupun e-mail kepada [email protected].








Mutiara, Ramadan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain