suria

Berbuka puasa sambil beramah mesra, 'curi' rahsia chef di VE Hotel

MENJELANG ketibaan bulan Ramadan, pasti ada antara kita yang sudah merancang lokasi untuk berbuka puasa nanti.

Adakah VE Hotel & Residence sudah ada dalam senarai anda? Jika tiada, anda patut mempertimbangkan idea untuk berbuka puasa di sini.

Selain juadah yang enak dan menggoda deria rasa, VE Hotel yang terletak di Bangsar South ini turut menawarkan sesuatu yang berbeza buat pengunjung.

Menurut Pengarah Operasi VE Hotel & Residence, Sidi Fikri, tema 'VE Di Hati' yang diperkenalkan tahun ini begitu istimewa kerana ia membawa mereka lebih dekat dengan pengunjung.

"Selain gerai makanan yang menawarkan seleksi juadah berbuka puasa, apa yang istimewa di sini ialah 'live stall' di kawasan luar dewan.

"Di situ, pengunjung tidak sekadar  mengambil makanan sahaja, tapi mereka dapat berinteraksi dengan chef serta melihat sendiri bagaimana makanan itu disediakan di hadapan mereka," kata Sidi kepada mStar Online.

Pengenalan konsep ini menjadikan VE Hotel berbeza dengan hotel-hotel lain yang kebiasaannya hanya menempatkan pelayan di gerai-gerai makanan.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, boleh sahaja terus mengutarakannya kepada chef yang bertugas.

Konsep 'live stall' sememangnya sangat menarik kerana anda bukan sekadar makan, malah anda boleh mendapatkan maklumat atau 'mencuri' tip mengenai juadah yang disediakan.

Antara juadah yang ditawarkan di seksyen ini termasuklah shawarma, laksa, roti john, kambing panggang dan macam-macam lagi.

Selain itu, makanan seperti sate, bubur lambuk, sup ekor dan kerabu juga ditawarkan buat pengunjung.

Tidak lupa juga hidangan seperti puding, kek, creme brulee dan aneka pencuci mulut lain.

Pendek kata, macam-macam ada. Anda hanya perlu datang, tunggu azan Maghrib berkumandang dan nikmatilah juadah yang disediakan.

Mengenai aspek rasa, ia ternyata tidak mengecewakan kerana semua makanan yang ditawarkan begitu sedap dan berkualiti tinggi.

Istimewanya lagi mengenai bufet Ramadan di sini, ia turut menawarkan suasana makan dalam kawasan yang elegan dan mendamaikan.

Sinaran cahaya lampu yang menghiasi kolam berhampiran 'live stall' pastinya mencetuskan ketenangan.

Malah, ia turut menjadi lokasi tumpuan ramai untuk merakam foto kenangan.

Berupaya menempatkan hampir 300 pengunjung pada satu masa, ruang yang lapang pastinya memberikan keselesaan buat anda.

Bagi anda yang berminat, harga bufet Ramadan di VE Hotel ialah RM128 bagi setiap individu, dan RM55 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun serta warga emas melebihi 55 tahun.

bufet Ramadan, VE Hotel, VE Di Hati

Artikel Sebelum

Spagheti Aglio Olio

Artikel Lain