suria

Iftar di Hotel New World PJ, ringkas tapi meriah!

MASYARAKAT di Malaysia bukan sahaja terdiri daripada bangsa Melayu, malah terdapat juga India Muslim, Cina Muslim dan macam-macam lagi.

Jadi, bufet Ramadan tidak seharusnya sekadar menawarkan juadah-juadah tradisi Melayu sahaja.

Hotel New World Petaling Jaya menerusi bufet Ramadan Medan Kampung @Pasar Baru tampil dengan hidangan berkonsepkan 1 Malaysia.

Dalam ruang yang sederhana besar, konsep hiasan di situ begitu minimalis dan elegan sekali gus memberi 'feel' berbeza untuk menjamu selera.

Hidangan pula dihidangkan di tujuh seksyen berbeza meliputi masakan Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi.

Untuk masakan masyarakat Melayu, mereka menawarkan nasi minyak, ikan bawal goreng berempah, kambing masak merah, daging lembu panggang berlada dan banyak lagi.

Bagi penggemar masakan India, pengunjung seharusnya tidak melepaskan peluang untuk menjamu fish tikka, chicken vindaloo dan beberapa pilihan lain yang ditawarkan.

Begitu juga dengan hidangan masyarakat Cina seperti wantan goreng, sup sechuan, daging halia dan udang saute.

Paling menarik tentunya kambing panggang yang dimasak sempurna oleh chef di situ.

Malah, penggemar makanan laut juga tidak harus melepaskan peluang untuk berkunjung ke New World Petaling Jaya Hotel untuk berbuka puasa.

Himpunan makanan laut yang segar seperti udang, kepah dan ketam yang dimakan bersama sos pencicah istimewa pastinya membuat anda kecur air liur.

Usai menjamu hidangan utama sewaktu berbuka puasa, anda boleh memilih untuk menikmati seleksi buah-buahan segar mahupun pencuci mulut yang comel dan menggoda pandangan mata.

Melihatkan susunan pencuci mulut di dalam rak kaca, penulis ternyata pening untuk memilih. Antara yang ditawarkan ialah cream brulee, tiramisu dan puding laici pelangi.

Bagi mereka yang berminat, harga untuk menjamu selera di sini bagi seorang dewasa ialah RM168 dan RM84 untuk kanak-kanak.

New World PJ, bufet Ramadan

Artikel Sebelum

Spagheti Aglio Olio

Artikel Lain