Sedapnya... Biskut Gembira

Diterbitkan: Jumaat, 21 Julai 2017 6:21 PM

Biskut yang dihasilkan peserta dalam Peraduan Setulus Hati / Foto - Facebook Gula Cakery

(Ubah saiz teks)

SIAPA sangka sekeping biskut mampu mengukir senyuman serta kegembiraan kepada manusia dan itulah yang berlaku apabila Planta sebuah jenama marjerin Malaysia memberi kebahagiaan kepada anak yatim melalui 'Peraduan Setulus Hati'.

Pemenang utama, Marhaini Mohd Ashari, 49, berbangga apabila biskut ciptaannya Almond Stripe diedar kepada lebih 400 kanak-kanak kurang bernasib baik di Selangor dan Kuala Lumpur.

Kata Marhaini, dia tertarik untuk menyertai pertandingan tersebut kerana mahu berkongsi kegembiraan dan senyuman anak yatim bersama-sama.

"Sejujurnya saya menyertai cabaran ini kerana anak-anak yatim ini. Mereka ibarat permata yang perlu dikasihi dan disayangi.

"Lagi pula saya memang suka membuat biskut, jadi tak salah kalau saya berkongsi rasa dan resepi ini bersama anak-anak yang kurang bernasib baik.

"Menggunakan planta, segalanya menjadi lebih mudah dan menyelerakan. Itu yang membuatkan resepi ini lebih menarik dan bermakna," katanya yang turut membawa pulang baucar hadiah Seng Heng bernilai RM1,500 berserta produk Planta.

Menurut Ketua Kategori Makanan Unilever Malaysia, Tim Van Es berkata, pihaknya mahu hasil air tangan ibu itu dikongsi golongan kurang bernasib baik.

Kami percaya makanan memainkan peranan penting dalam mengeratkan ikatan keluarga, terutama pada musim perayaan seperti hari raya. Ia umpama masa untuk merenung kembali kemurahan hati dan kerendahan budi, bahkan juga masa mempamerkan empati serta mengungkapkan kasih sayang tanpa syarat dengan cara menyediakan makanan serba lazat.

“Berkongsi hasil air tangan ibu dengan anak yatim menerusi peraduan ini ibarat menyemai kegembiraan tidak terperi di hati mereka. Setidak-tidaknya, mereka berpeluang merasai kasih sayang seorang ibu daripada resipi biskut yang dihasilkan Marhaini," katanya yang turut menjadi juri bersama Sous Cef Kanan (Kuisin Asia) Unilever Food Solutions Malaysia, Mohd Hadzrin Mohd Din.

Kriteria penghakiman berdasarkan 70 peratus rasa Planta yang paling menonjol dan 30 peratus mengikut cara persembahan biskut.

Sejak lama Planta sentiasa berkongsi jalinan ikatan erat antara ibu dan anak menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat seperti Peraduan Setulus Hati. Kami berharap dengan cara ini dapat menggalakkan ibu untuk terus berkongsi pengetahuan dan air tangan melalui resipi biskut untuk generasi akan datang," katanya.

Penutup kempen Peraduan Setulus Hati menyaksikan 12 peserta pusingan akhir bertemu dan bersaing menghasilkan biskut terbaik dengan Planta bagi menyemarakan kemeriahan hari raya dalam golongan kurang bernasib baik.

Biskut ciptaan mereka diedarkan ke Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr Ismail, Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Suci Rohani, Rumah Anak Yatim Al-Munirah, Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih dan Rumah Anak Yatim Nur Hidayah.

Tags / Kata Kunci: Setulus Hati , Planta

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan