Selera Tradisi Juadah Pilihan Iftar

Diterbitkan: Khamis, 15 Jun 2017 7:30 AM

(Ubah saiz teks)

MASAKAN tempatan yang terkenal serta minuman seperti mangga susu dan air asam boi turut disediakan di Serene Brasseries pada Ramadan.

Untuk memberi pelanggan pengalaman seperti berada di bazar Ramadan, Eksekutif Penolong Chef Ghazali Hashim InterContinental Kuala Lumpur telah menyediakan pelbagai masakan tempatan serta gerai-gerai kecil.

Makanan utama pada tahun ini adalah kibas, sejenis kambing yang terkenal dengan lemak ekornya di Timur Tengah.

“Di Timur Tengah, mereka memasaknya di dalam briyani tetapi saya menggunakan gaya memasak cara barat ala-ala tempatan,” katanya.

Kibas itu diperap semalaman dengan perapan tempatan iaitu serai, lengkuas, cili, halia, buah pelaga serta kayu manis sebelum dimasak perlahan di atas pemanggang.

Perapan itu menambah rasa dan keempukan pada daging dengan sempurna.

Peminat nasi dagang akan berasa gembira apabila menikmati sajian terkenal pantai timur itu yang lengkap dengan kari ikan tongkol.

Ikan itu menambah kepekatan kari yang dimasak dengan pes kari buatan sendiri dan bukan menggunakan serbuk kari yang dijual.

Pes yang dikenali sebagai hawas, adalah kisaran rempah ratus seperti kaskas yang digunakan untuk memasak kari.

Sajian itu dihidangkan dengan nasi dagang, yang mengandungi pelbagai jenis nasi termasuklah pulut dan beras panjang dari Pantai Timur demi menjamin keaslian.

Tahun ini, makanan laut sangat menonjol kerana chef-chef telah menyediakan gerai-gerai yang menampilkan hidangan yang menyelerakan.

Salah satu gerai yang harus dicuba ialah udang kam heong yang disediakan dengan udang galah segar dan dimasak sebaik sahaja ditempah.

Aroma pes kam heong memenuhi restoran menyebabkan pelanggan tidak sabar untuk menikmatinya.

Di sebelahnya adalah gerai ikan bakar yang menarik pelanggan dengan salmon segar yang dipanggang dengan perasa tempatan.

“Masyarakat selalu mengaitkan ikan salmon dengan cara masakan barat, kami mahu menunjukkan kepada mereka bahawa cara masakan tempatan juga sedap, disertakan dengan air asam manis istimewa buatan saya,” tambahnya.

Terdapat juga makanan laut di atas ais seperti tiram segar dari Perancis.

Ghazali berkata, tiram segar itu mempunyai rasa masin yang unik.

Pencuci mulut pula terdiri daripada kuih tradisional dan pelbagai hidangan bertemakan durian.

Antaranya adalah aiskrim durian, campuran durian yang penuh berkrim dan berpatutan.

Bazar Serena Buffet adalah berharga RM178 untuk dewasa dan RM98 untuk kanak-kanak, sah sehingga 20 Jun.

Bermula 21 hingga 24 Jun, harga untuk dewasa adalah RM148 dan RM78 untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.

Tags / Kata Kunci: Ramadan , Bazar Serena Buffet

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan