suria

100 Hidangan Iftar Di Grand Blue Wave

Chef Rathakrishna menunjukkan pelbagai hidangan citarasa penang yang terdapat di GBWHSA sepanjang bulan ramadan ini.

TERINGIN menikmati masakan ala penang sebagai menu berbuka puasa, apa kata jadikan Grand Blue Wave Hotel Shah Alam (GBWHSA) lokasi wajib dikunjungi pada bulan Ramadan ini.

Bertemakan 'Istimewa Citarasa Penang', hotel ini menawarkan lebih 100 hidangan berbeza setiap hari di beberapa gerai kecil yang disediakan di Restoran Royale Songket.

Sebut sahaja masakan Penang, tak sah kalau tiada nasi kandar, kari kepala ikan, rojak pasembur, rojak sotong kangkung, kambing panggang, rendang mamu, mi udang hokkien dan banyak lagi.


Terdapat juga hidangan wajib dicuba seperti nasi tomato, daging rendang tok mamu, kari ketam, nasi dhal, ketam masak lemak, ayam masak merah berkacang peas, rendang ayam utara, sambal udang petai, pajeri nenas berkerisik dan nasi ayam hainan.

Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati daging masak hitam dan golek serai wangi yang dimasak menggunakan rempah-ratus terpilih hasil air tangan Chef Radhakrishnan Katnaya.

Bagi anda yang inginkan hidangan ringan, terdapat pelbagai pilihan seperti lemang, nasi impit, ketupat nasi, ketupat daun palas, char kuey teow Penang, ayam tandori dengan roti naan, tosai, popiah basah, makanan laut, bubur lambuk, dim sum dan wantan goreng.


Untuk hidangan pencuci mulut, pengunjung disediakan dengan bertih jagung, ais krim, ABC ais kacang, cendol pulut, pelbagai jenis bubur, peach sejuk bersama sago dan kelapa, roti pisang dan puding butter.

Sewaktu menikmati hidangan, pengunjung berpeluang menikmati alunan bacaan al-Quran.Pengunjung juga tidak perlu bimbang kerana anda boleh menunaikan solat Maghrib di surau yang disediakan, lengkah dengan khidmat imam.

Hidangan buka puasa di GBWHSA berharga RM115++ untuk dewasa dan RM65++ bagi warga emas dan kanak-kanak berusia empat hingga 10 tahun.

Namun pengunjung boleh menikmati harga istimewa pada hujung minggu dan cuti am yang bermula RM155 ++ untuk dewasa dan kanak-kanak.

Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati promosi bufet ramadan GBWHSA yang mula disajikan pada 27 Mei hingga 24 Jun ini.

Untuk tempahan sila hubungi bahagian jualan dan pemasaran GBWHSA di talian 03-55118811 ext 2801, 2804 dan 2806 atau emel ke [email protected].

Blue Wave, iftar

Artikel Berikut

Artikel Lain