suria

Air Sado, Sajian Arab Tarikan Berbuka Di VE Hotel & Residence

RASAI kelainan berbuka puasa di VE Hotel & Residence yang menawarkan gabungan elemen makanan rantau Arab dengan citarasa tempatan.

Tampil dengan konsep 'Bazar Arab & Negeri Selat' berbuka puasa di sini pasti tidak menghampakan dengan sajian menu disediakan oleh pasukan chef, diketuai Eksekutif Sous Chef, Unaver Unabia, dari Sabah.

"Memandangkan berbuka puasa bukanlah satu perkara asing bagi komuniti di seluruh dunia, kami telah berusaha untuk menggabungkan elemen makanan rantau Arab tanpa mengenepikan citarasa unik Malaysia untuk santapan di bulan mulia ini," katanya.

Andai lokasi ini menjadi pilihan berbuka anda, tidak kiralah bersama ahli keluarga atau rakan-rakan, jangan lupa untuk menikmati beberapa hidangan Arab 'wajib rasa' yang padat dengan aroma seperti Lamb Shanks Tagine, kuzi kambing, shawarma ayam dan sup Harira.

Bagi hidangan masakan Melayu yang tidak kurang enaknya, tidak lengkap jika anda pulang tanpa menikmati kambing dan ayam golek, kari kawah kepala ikan ala Melaka dan aneka jenis ikan bakar.

Iftar semenangnya tidak sempurna jika tiada minuman dan pencuci mulut dan 'The Straits Estate' yang selesa lagi luas menawarkan segala-galanya.

Di sinilah satu-satunya tempat di mana anda berpeluang menikmati 'air sado' yang menyegarkan, selain aneka kuih-muih tradisional dan pencuci mulut lain.

Menu lain yang ditawarkan di sini termasuklah sate, aneka mee dan laksa, lauk-pauk kampung, roti dan nasi ayam.

Buffet berharga RM128 bagi orang dewasa .

Artikel Berikut

Sup Tulang

Artikel Lain