Sup Gear Box, Pais Ayam Hidangan Istimewa Kitchen Art Brasserie

Diterbitkan: Selasa, 30 Mei 2017 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

MAHUKAN kelainan untuk berbuka puasa pada Ramadan kali ini?

Apa kata anda mengunjungi Kitchen Art Brasserie, Tingkat 2, Empire Hotel Subang untuk menikmati bufet yang lebih menyelerakan dan memberi kelainan kepada selera anda.

Sajian seperti Pais Ayam, Sup Gearbox dan Kambing Panggang antara hidangan istimewa yang disajikan buat pengunjung.

Pais Ayam misalnya, merupakan sajian daripada Sarawak yang diperap dengan pelbagai jenis herba dan rempah dan ia dimasak didalam buluh di atas pemanggang atau menggunakan kayu arang.

Ketika dimasak, jus ayam dirembes dan diserapkan dengan perisa daripada pelbagai jenis herba dan rempah tersebut.

Tukang masak di Kitchen Art Brasserie telah menambahkan sentuhan unik terhadap sajian ini dengan menggunakan rempah ratus rendang.


Sejak beberapa tahun lalu, Kitchen Art Brasserie amat terkenal dengan hidangan Sup Gearbox yang mana ketulan tulang daging direneh bersama-sama dengan rempah.

Sup Gearbox yang dihidang setiap tahun di premis ini disediakan melalui proses rebusan secara perlahan-lahan yang akan melembutkan daging dan meresapkan rasa asli daging ke dalam sup rempah tersebut.

Para pelanggan yang menikmati hidangan Sup Gearbox ini sering dilihat menggunakan penyedut untuk merasai keenakan daripada bahagian tulang Gearbox yang sukar dicapai.

Kambing Panggang juga akan menjadi salah satu daya penarik di dalam menu bufet sempena Ramadan di Kitchen Art Brasserie.

Pelanggan boleh menikmati samada Kambing Panggang yang dipanggang seekor atau Kaki Kambing Panggang yang akan dihidang setiap hari di premis.

Antara makanan tradisi kegemaran lain yang akan disenarai pada menu bufet termasuk Kerutuk Itik Serati Kuala Krai, Gulai Ikan Belimbing Buluh, Ayam Kalio, Gulai Ikan Pari Pucuk Paku, Kambing Masak Lada Hitam dengan Tomato Ceri, Gulai Kawah Terengganu dengan Kentang, Rendang Nangka Muda, Ayam Bakar Berempah, Sambal Sotong dengan Kacang Kisar, Kari Kepala Ikan dengan Bendi dan pelbagai lagi hidangan tempatan.


Iftar anda tidak lengkap tanpa makanan manis, dan disebabkan itu jangan lepaskan sajian pencuci mulut di Kitchen Art Brasserie.

Hidangan berwarna-warni yang terdiri daripada pencuci mulut tempatan dan antarabangsa adalah sukar untuk ditolak.

Pencuci mulut tempatan yang disajikan termasuk Kuih Lompang, Pulut Inti Kelapa, Kuih Keria, Kuih Wajid, Kuih Kaswi, Tapai Ubi, Dodol, Pengat Pisang dan pelbagai lagi.

Manakala pencuci mulut antarabangsa kegemaran ramai pula terdiri daripada Black Forest Cake, American Baked Cheese Cake, Mango Jelly, Alcazar Tarts, Coconut Cream Caramel, Cherry Crumble Cake, Blueberry Cheese Cake, Pineapple Charlotte dan banyak lagi hidangan manis.

Bukan setakat hidangan yang hebat, pengunjung juga disajikan dengan muzik Ghazal daripada kumpulan Ghazal Seri Alam sebagai hiburan sepanjang petang berlatarkan suasana yang selesa dan bertemakan dekorasi tradisional.

Jadi jika anda mahukan kelainan, di sinilah tempat kami sediakan!

Tags / Kata Kunci: Kitchen Art Brasserie

Buat tempahan



Saya bersetuju dengan Terma & Syarat
 

* adalah wajib di isi.




iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan