Nasi Kambing Sumbat Menu Iftar Anda

Diterbitkan: Selasa, 30 Mei 2017 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERNAHKAH anda dengar tentang menu Nasi Kambing Sumbat?

Jika belum, ini adalah peluang keemasan anda untuk merasai kelazatan Nasi Kambing Sumbat yang disediakan oleh Restoran NOOK di ALOFT Kuala Lumpur Sentral sepanjang bulan Ramadan ini.

Tetapi bagi yang pernah merasainya, apa salahnya untuk mencubanya lagi ketika berbuka puasa bersama insan tersayang.

Sepanjang bulan yang suci ini, Restoran NOOK akan menghidangkan lebih 150 juadah untuk dinikmati pengunjung termasuk menampilan pelbagai hidangan pilihan tradisi yang disediakan di 'live station'.

Konsep itu menjadi pilihan sebagai penambahan kepada hidangan tempatan dan antarabangsa yang sedia ada untuk dinikmati oleh tetamu yang menjalani ibadah puasa.

Dengan pengiktirafan NOOK sebagai restoran Halal, Chef Ahmed Zaki Harun telah menghasilkan pelbagai aneka juadah dan akan disajikan secara bergilir agar tetamu dapat menjamu pelbagai hidangan sepanjang Ramadhan.

Antara menu istimewa adalah Nasi Kambing Sumbat dan Nasi Lemak yang bakal dihidangkan di “live station’.

Tidak dilupakan juga ialah juadah wajib iaitu Bubur Lambuk yang hanya terdapat di Bulan Ramadhan termasuk juga pelbagai jenis minuman kegemaran tempatan seperti air bandung, Kalamansi, Teh Tarik, Nescafe Tarik, Air Tebu, Air Soya, Air Kurma dan pelbagai lagi.

Slow Braised Beef Shin Rendang oleh Chef Zaki akan menjadi tumpuan utama di dalam hidangan buffet di Restoran NOOK.

Cara penyediaan yang rumit iaitu dimasak secara perlahan-lahan selama tujuh jam dan diberi perisa bersama rempah seperti garam, lada hitam, kayu manis dan bunga lawang, dan juadah yang unik ini pastinya akan dihargai terutama apabila ia hanya dihidangkan setiap hari di buffet Ramadhan di Restoran NOOK.

uffet Ramadhan tidak akan lengkap dengan masakan bergulai, seperti  Ayam Percik, Ayam Masak Merah, Gulai Kambing, Kari Ketam dan Kari Kepala Ikan. 

Makanan kegemaran tempatan lain yang akan kami sajikan adalah termasuk Satay, Kebab Shish Kambing, Murtabak, Roti Canai, Cucur Udang, Cucur Cempedak, Keropok Udang dan Keropok Ikan. 

Ia juga akan dihidangkan bersama pencuci mulut kegemaran tempatan seperti Dodol, Kuih Bahulu, ABC with pulut durian dan pelbagai jenis kuih melayu yang lain.

Tidak ketinggalan juga sedikit juadah Cina, India dan juga Barat. Selain itu, tetamu juga dapat memilih Wok-Fried Teriyaki Char Siew Chicken Fillet  with Green Leek. Steamed Whole Seabass with Ginger Sauce, Lamb pot Pie, Seafood Mousaka, Barbeque Wings, Sarawak Laksa dan sebagainya.

Selain itu turut ditawarkan adalah pencuci mulut seperti Crème Caramel,Salted Caramel Brownies, Marble Cheesecake,Sago Gula Melaka, Lycee Fruit Jelly, Chilled Lemon Lychee Longan and Crunchy Bean, Hot Almond Cream with Roasted Almond flakes.

Lazat bunyinya kan? Jangan buang masa lagi, jom tempah!

Buat tempahan



Saya bersetuju dengan Terma & Syarat
 

* adalah wajib di isi.




iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan