Berbuka Sambil Beramal Di SACC

Diterbitkan: Isnin, 29 Mei 2017 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

PROMOSI

SEBUT sahaja, Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada bulan Ramadan, sudah pasti ramai yang terbayang hidangan bufet yang lazat lagi menyelerakan untuk juadah berbuka puasa.

Begitulah sinonim dan popularnya SACC dengan majlis bufet Ramadan kerana kekerapan acara sedemikian diadakan pada setiap tahun ibarat tradisi oleh syarikat itu.

Sejak dibuka pada 2015 atas permintaan popular, SACC sekali lagi kembali dengan bufet bertemakan “Cita Rasa Warisan Nusantara” pada tahun ini dengan menawarkan sajian istimewa warisan nusantara dengan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik dari dapur SACC.

Kambing kebuli yang menjadihidangan utama dan juga hidangan tradisi SACC ini antara yang dijangka menjadi tumpuan pengunjung.

Lebih Istimewa pada tahun ini, Chef Eksekutif, Jamili Napiah dan Sous Chef, RizalNahar akan membawakan beberapa hidangan istimewa yang bertemakan Cita Rasa Warisan Nusantara.


Oleh itu, pengunjung tidak boleh melepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa - Ampal (Ayam) Masak Merah Banjar, Gulai Itik Hijau Nusantara dan Kepala Ikan Pindang Lampung.

Kelazatannya boleh dirasai kerana citarasanya yang sempurna hasil gabungan kepakaran chef SACC, bahan-bahan dan rempah-ratus.

Dengan harga baucar RM88.00 untuk dewasa dan RM48.00 untuk kanak-kanak dari 7 hingga 10 tahun, SACC menawarkan kepakaran mereka dalam setiap masakan yang bakal disajikan.

Seperti tahun-tahun yang lalu, objektif kedua yang dibawa melalui majlis ini ialah untuk berbakti melalui program CSR yang dianjurkan.

Kali ini, SACC telah mengambil satu inisiatif mulia untuk bekerjasama dengan pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam membantu sedikit sebanyak dan mengumpul dana untuk Tabung Rescue Syria. 


Mekanisma yang digunakan adalah melalui setiap baucar bufet Ramadan yang dijual dengan harga RM88.00 dan RM1.00 akan disalurkan bersama-sama dengan sumbangan yang lain kepada Tabung Rescue Syria yang diamanahkan kepada SACC melalui MAPIM.

“Pihak SACC sentiasa mengambil inisiatif mulia untuk mengusahakan sebaik mungkin satu bentuk sumbangan sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia dan mengambil peluang untuk beramal kepada yang memerlukan melalui program yang disusun atur dengan teliti” kata Pengurus Besar SACC, Nasrudin Abu Bakar.

Usaha ini akan diteruskan sepanjang bulan Ramadan 2017 dan program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pengunjung SACC untuk “Berbuka sambil Beramal”.

Apa lagi yang ditunggu? Jom tempah!

Tags / Kata Kunci: SACC

Buat tempahan



Saya bersetuju dengan Terma & Syarat
 

* adalah wajib di isi.




iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan