'Destinasi Rasa' Le Meridien Putrajaya

Diterbitkan: Isnin, 29 Mei 2017 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

PROMOSI

SETIAP kali tiba bulan Ramadan, pastinya ramai orang mencari kelainan untuk menikmati juadah berbuka puasa tidak kira secara bersendirian, berpasangan atau bersama keluarga tercinta.

Seperti yang disajikan oleh Hotel Le Meridien Putrajaya, anda pasti berpuas hati dengan lebih 100 hidangan yang disediakan apatah lagi melibatkan juadah antarabangsa yang bertemakan 'Destinasi Rasa'.

Bersesuaian dengan tema tersebut, Hotel Le Meridien Putrajaya menjanjikan kelainan dalam olahan sajian yang diinspirasikan dari pelbagai destinasi termasuk dari dalam dan luar negara bagi memenuhi selera pengunjung.

Antara sajian tempatan menarik yang disediakan termasuk Cencaru Pais Kelapa, Ayam Kalio, Ekor Assam Pedas, serta Daging Dendeng Ibunda yang pastinya tidak menghampakan, apatah lagi jika digabungkan dengan Kambing Bakar bersama Nasi Kabuli.

Hidangan asli keluarga juga tidak dilupakan.

Ayam Ungkep yang diherbakan dengan pelbagai rempah ratus asli adalah antara pertaruhan utama dari resepi masyarakat Jawa yang diturunkan ke generasi sehingga kini.

Pengunjung juga berpeluang merasai kenikmatan hidangan yang biasa disediakan oleh suri rumah seperti Ikan berlada, Cencaru Sumbat, Udang Goreng Cili Api, Sotong Sambal, Ayam Masak Tempoyak, serta ulam-ulaman.

Di samping kemewahan sajian tempatan, pilihan antarabangsa termasuk makanan kegemaran dari Jepun, Thailand, China, Indonesia dan negara Barat turut disediakan.

Waktu berbuka anda pastinya tidak lengkap pencuci mulut yang menyelerakan.

Hotel Le Meridien Putrajaya menawarkan lebih 30 jenis juadah dari dalam dan luar negara termasuk ais krim Turki, Apam Balik Jagung, Seri Muka, Puteri Mandi, pilihan kek dan jeli.

Anda juga boleh menikmati diskaun dengan kad-kad kredit Maybank, CIMB, HSBC, UOB dan Citibank, tertakluk kepada terma dan syarat.

Tags / Kata Kunci: Hotel Le Medirien

Buat tempahan



Saya bersetuju dengan Terma & Syarat
 

* adalah wajib di isi.




iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan