Nikmati Iftar 'Resepi Masakan Ibu' Di Essence Restaurant

Diterbitkan: Isnin, 29 Mei 2017 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

PROMOSI

DI BULAN Ramadhan ini, apa kata jika anda meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan untuk merasai pengalaman berbuka puasa bersama-sama di Essence Restaurant di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel.

Mengapa tidak? Ini kerana Restoran Essence akan menampilkan hidangan bufet istimewa yang bertema “Resepi Masakan Ibu” dengan lebih 300 jenis masakan dan hidangan istimewa yang menyelerakan dengan gaya masakan tradisional serta hidangan kegemaran tempatan dan antarabangsa.

Antara hidangan istimewa yang disajikan termasuk Nasi Buloh Kukus, Nasi Lemak Berlauk, Sup Keting, Kerabu Sheraton, Salmon Panggang dengan Bawang Acar, dan Gulai Kawah Rusuk.

Lebih mengujakan, anda boleh juga saksi para chef beraksi menyediakan hidangan secara langsung dengan menggunakan bahan-bahan yang paling segar di stesen masakan untuk pengalaman makan yang memuaskan.

Tetapi perlu diingatkan bahawa Masakan Ibu” di Restoran Essence hanya disediakan untuk bufet makan malam dari 29 Mei hingga 23 Jun 2017.

Usah khuatir tentang harga kerana Essence Restaurant menawarkan harga bufet adalah RM155 seorang dan harga promosi “Early Bird” adalah RM108 seorang (sehingga 28 May 2017 sahaja)

Kanak-kanak yang tidak melebihi umur empat tahun boleh makan secara percuma dan yang berumur empat tahun hingga 12 tahun diberikan diskaun sebanyak 50% daripada harga asal.

Tunggu apa lagi? Mulakan perancangan anda untuk berbuka puasa dengan keluarga yang tersayang di Restoran Essence di Sheraton Imperial Kuala Lumpur.

Buat tempahan



Saya bersetuju dengan Terma & Syarat
 

* adalah wajib di isi.




iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan