Buka Pusa Konsep DIY Di Tropicana Golf Resort

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2016 8:00 AM

Seorang chef membantu memotong daging untuk hidangan Nasi Arab Kambing Bakar. Hidangan ini dihidangkan dengan sayur, kacang dal, raita dan acar.

(Ubah saiz teks)

KONSEP 'buat sendiri' atau do it yourself (DIY) kelihatan sebagai satu ciri biasa bufet Ramadan di Tropicana Golf and Country Resort.

Beberapa kaunter makanan memberi peluang kepada pengunjung untuk memilih ramuan sendiri untuk disesuaikan mengikut citarasa mereka.

Sebagai contoh, kuah sup bagi Ekor Lembu Duda, Urat Keting Sekuat Badang dan Gear Box Kambing dihidangkan secara berasingan.

Ia membolehkan pengunjung yang sukakan cabaran untuk menikmati sum-sum kambing dengan sup ekor lembu.

Straw juga disediakan bagi memudahkan pengunjung menikmati sum-sum.


Pulut Kuning Diraja.

Kaunter makanan lain yang mempunyai konsep DIY termasuk Nasi Kerabu Ulam Setaman, Rojak Kelantan dengan Sos Thai dan Ais Krim Goyang di mana pengunjung boleh memilih perasa mereka sendiri dan "goncang" sendiri aiskrim mereka.

Nasi Kerabu Ulam Setaman sesuai untuk mereka yang inginkan pilihan yang lebih sihat kerana mereka boleh menambah sendiri kuantiti sayur-sayuran yang telah dicincang seperti taugeh, bunga kantan, kacang panjang dan daun gajus untuk hidangan ini.

Selain itu pengunjung juga berpeluang untuk menikmati hidangan kampung istimewa seperti gulai kawah, apam balik dan bubur lambuk.


Pelbagai pilihan ulam-ulaman untuk Nasi Kerabu Ulam Setaman.

Terdapat juga menu baharu pada tahun ini iaitu Nasi Arab Kambing Bakar, Sotong Raja, Rojak Kelantan dengan Sos Thai, Pulut Kuning Diraja, Kari Telur Itik Sekandang dan ais krim goreng.

"Bubur lambuk kami adalah istimewa kerana pengunjung disyorkan untuk menikmatinya bersama-sama dengan salah satu hidangan gulai kawah," kata Pengurus makanan dan minuman Tropicana Golf and Country Resort, Abd Razak Mohd Omar.

Kata Abd Razak pilihan gulai kawah yang disediakan ialah Gulai Kawah Daging Tetel dan Gulai Kawah Ayam Kampung Sereban.


Gulai kawah.

"Chef eksekutif kami Lawrence Lim dan pasukannya telah menyediakan lebih 300 hidangan setiap hari dengan beberapa menu akan bertukar secara berkala.

"Bergantung pada hari tertentu, hidangan berkenaan termasuk ikan patin masak lemak tempoyak, sotong masak lada hitam, udang bakar madu dan ayam panggang serai," katanya.

Bufet di Tropicana Golf and Country Resort berharga RM98 bagi dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak. -StarMetro

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan