suria

Biskut Cawan

Biskut Cawan
Biskut Cawan

Bahan-Bahan

3 sudu besar mentega
2 biji telur
3 sudu besar gula perang
3 sudu besar gula kastor
Secubit garam
1/2 cawan tepung
5 sudu besar cip coklat
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1/2 cawan kranberi kering
Ais krim vanila

Penyediaan:

1- Cairkan mentega
2- Campur semua bahan kering dalam mangkuk.
3- Masukkan telur, mentega cair ke dalam adunan. Pukul.
4- Tuang adunan ke dalam mug, cawan atau mangkuk kecil.
5- Masukkan dalam ketuhar pada suhu tinggi selama 2 minit.
6- Hidang ketika panas dengan ais krim vanila.


Resipi sumbangan Datuk Chef Fazley Yaakob, daripada buku My Sucre Story terbitan MPH.


Artikel Lain