Kuih Putu Kacang

Diterbitkan: Khamis, 23 Jun 2016 9:58 AM

(Ubah saiz teks)

SELAIN dipanggil kuih putu kacang, ia juga dikenali sebagai kuih koya kacang.

Bahan-bahan:

275 g tepung kacang hijau
50 g tepung high ratio
1/8 tsp garam
100 g gula icing
100-110 g minyak masak
2-3 tbsp air sejuk

Acuan kuih putu kacang


Cara membuatnya:

Penyediaan doh:

1. Ayak tepung dan gula aising ke dalam mangkuk adunan. Masukkan garam dan kacau sebati. Perlahan-lahan masukkan minyak masak dan menggunakan jari, kacau sehingga campuran menyerupai serbuk roti.

2. Uli dengan tangan sehingga campuran sebati sehingga membentuk doh yang longgar. Pastikan doh tidak melekat dan sangat longgar namun apabila ditekan ke dalam acuan, ia melekat dan boleh dikeluarkan. Tambah sedikit air sejuk jika doh tidak melekat apabila ditekan ke dalam acuan atau apabila doh menjadi kering di pertengahan jalan.

3. Tekan doh ke dalam acuan dan ketuk keluar di atas loyang.


Untuk membakar:

1. Panaskan ketuhar kepada 140°C. Sapukan loyang pembakar dengan sedikit minyak.

2. Letakkan kuih di atas dulang yang disapu minyak dan bakar selama 30 minit sehingga bahagian bawah berwarna perang.


*Resipi dipetik daripada http://www.kuali.com/

Tags / Kata Kunci: Putu Kacang Hijau , Koya Kacang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan