'Kambing Selambak' Tarik Perhatian Warga Puchong - Jamu Selera | mStar

'Kambing Selambak' Tarik Perhatian Warga Puchong

Diterbitkan: Selasa, 21 Jun 2016 8:00 AM

Umar dan Azam sama-sama memasak 'kambing selambak' sebelum waktu berbuka puasa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Terengganu mungkin terkenal dengan nasi dagang manakala nasi kandar pula cukup sinonim di Pulau Pinang.

Tetapi bagi masyarakat di Puchong, kambing selambak menjadi bualan.

Ia bukan hidangan nasi berlauk biasa, tetapi menu yang dimasak Umar Thaqif Abdul Razak dan rakannya, Muhammad Azam Muhd ​​Rosland, 24, mempunyai keistimewaan tersendiri.


Hidangan 'kambing selambak' ini dijual pada harga RM13 sebekas.

"Kami memanggil hidangan ini kambing selambak kerana daging kambing yang dimasak menimbun di atas nasi. Jadi, daging kambing yang kami jual memang betul-betul selambak (banyak).

"Resipi ini diberikan abang saya. Daging kambing akan diperap dengan sos lada hitam sebelum dipanggang. Ia adalah resipi kami sendiri.

"Hidangan ini dijual dengan nasi putih, coleslaw, sos lada hitam, dan sos soya dicampur dengan kacang tanah dan cili," kata Umar Taqif yang menjual hidangan mereka di atas trak sejak dua bulan lalu.

Abangnya, kata Umar, juga memberinya modal untuk memulakan perniagaannya.

Setiap hidangan dijual dengan harga RM13 termasuk minuman jika pelanggan memilih untuk makan di khemah mereka.

Walaupun trak mereka biasanya berada di Bandar Bukit Puchong 2 sejak pukul 5 petang hingga tengah malam setiap hari pada bulan Ramadan, pasangan berkenaan juga menjual hidangan mereka di Puchong Prima dan Putra Perdana antara pukul 4 petang hingga 7 malam.

Tags / Kata Kunci: Kambing Selambak
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan