Sajian 7 Kawah Tarikan Iftar Hotel Marriott

Diterbitkan: Rabu, 15 Jun 2016 5:43 PM

(Ubah saiz teks)

JIKA inginkan kelainan dalam menu berbuka puasa, anda bolehlah berkunjung ke Restoran Zest, Hotel Marriott di Putrajaya kerana pelbagai pilihan menarik menanti anda.

Sebaik saja melangkah masuk, pastinya anda akan teruja dengan persembahan muzik Ghazal disini yang memainkan lagu 'To Love Somebody' dimana ianya agak berbeza berbanding hotel-hotel sebelum ini yang kebanyakkannya memainkan lagu-lagu klasik bagi membangkitkan nostalgia zaman dahulu.

Pelbagai sajian boleh didapati yang pasti membangkitkan selera pengunjung, antaranya Roti Bom yang dimakan bersama Kari Ayam dan Kacang Dhal, Roti Canai dan Murtabak.

Bagi sajian bufet restoran bertaraf tujuh bintang ini pula, "The Legendary Marriott Ramadan", yang menawarkan lauk ala kampung seperti Telur Itik Gulai Kampung, Kerutup Daging Cek Badbing, Udang Goreng Sambal Petai, Ikan Asam Rebus Tempoyak, Sotong Goreng Kunyit, Ayam Percik Kelantan, dan Lalu Lemak Putih yang dihidangkan di dalam tujuh kuali besar, yang dinamakan 'Tujuh Kawah'.

Antara lain yang menjadi pilihan adalah Ikan Asam Rebus Tempoyak, Ayam Percik Kelantan dan Udang Goreng Sambal Petai.

Menu lain yang sinonim pada Ramadan dan mesti anda cuba ialah Kambing Panggang dengan Ayam Panggang, selain rasa sos perciknya yang masam manis, pasti membangkitkan selera pengunjung yang makan disini.

Menurut Chef Restoran De Cuisine, Mohd Haidhir Azham, bufet tahun ini agak berbeza apabila hidangan Ramadan kali ini turut menampilkan hidangan tempatan.

"Kira-kira 80 peratus makanan yang dihidangkan adalah makanan tradisional Malaysia tetapi terdapat keperluan untuk hidangan Barat sebagai pilihan kepada pengunjung.

"Hidangan Tujuh Kawah pula akan ditukar-tukar menunya setiap hari dan setiap satu set kita akan tampilkan masakan berbeza-beza," katanya.

Selain makanan Melayu, terdapat juga makanan Cina, seperti Nasi Goreng, Sayur Campur, Kambing Daun Bawang, ayam dan ikan goreng. Terdapat juga Yong Tau Foo,Mee Rebus Muar dan Bihun Sup Utara.

Bagi pengunjung yang menginginkan makanan laut, terdapat juga gerai ikan grill, panggang ikan pari dan makanan laut panggang ala Portugis yang boleh dimakan dengan pelbagai sos.

Untuk sajian pencuci mulut, pengunjung boleh mencuba Serawa Durian selain memilih pelbagai jenis kek, kuih-muih dan goreng makanan ringan seperti Goreng Pisang, Cekodok, Cucur Udang dan Cempedak Goreng, Cendol, Leng Chee Kang, Puding dan Bubur Kacang.

Bufet ini dibuka sehingga 30 Jun dan dijual pada harga RM135 untuk dewasa dan RM120 untuk kanak-kanak berusia antara lima hingga 12 tahun.

Diskaun juga diberi untuk tempahan berkumpulan lebih 10 orang juga ada ditawarkan disini.



Tags / Kata Kunci: Hotel Mariott , Ghazal , Roti Bom

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan