suria

Donat Sos Santan Karamel

Donat Sos Santan Karamel
Donat Sos Santan Karamel

Bahan-Bahan:

1 cawan susu segar + 1 sudu besar jus lemon
1 biji telur
2 sudu teh ragi kering segera + 1/4 cawan air suam
1/2 cawan gula
3 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan mentega
500ml minyak sayuran untuk menggoreng
1 sudu teh serbuk kayu manis + 1/2 cawan gula kastor
Garam secukup rasa

Penyediaan:

Donat

1- Tuang jus lemon ke dalam mangkuk. Tuang susu di atasnya. Biar 10 minit.
2- Tuang ragi kering ke dalam air suam, tunggu beberapa minit.
3- Kacau tepung, gula, garam. Sediakan ruang kosong di tengah adunan.
4- Masukkan telur, campuran ragi.
5- Adunkan sedikit demi sedikit susu bersama jus lemon sehingga doh terbentuk.
6- Uli sehingga separa sebati. Masukkan mentega, adun hingga sebati.
7- Buat adunan berbentuk bebola besar. Masukkan ke dalam mangkuk, tututp guna kain lembab, biar ia naik selama satu jam.
8- Selepas sejam, uli dan leperkan doh. Guna pemotong donal untuk hasilkan kepingan donat.
9- Panaskan minyak. Goreng hingga warna perang.
10- Tos, salut dengan gula kastor dan serbuk kayu manis.
11- Hidang bersama sos karamel santan.

Sos

1- Cairkan mentega bersama gula perang di dalam periuk leper.
2- Masukkan santan, kacau sehingga pekat dan sebati.


Resipi sumbangan Datuk Chef Fazley Yaakob, daripada buku My Sucre Story terbitan MPH.

Artikel Berikut

Artikel Lain