suria

Makaroni Alforno Dengan Daging Dan Lada

Makaroni Alforno Dengan Daging Dan Lada

PASTA menjadi pilihan popular semasa waktu makan, apatah lagi hidangan itu mengandungi pelbagai bahan sampingan dan sos enak.

Satu daripada sos yang mengagumkan kami terdapat dalam Kuali.com, iaitu sos berkrim. Pasta berkrim seperti hidangan pencuci mulut coklat iaitu apabila dihasilkan dengan baik, ia akan memberi kepuasan yang tidak terhingga tiada sisa yang tertinggal pada pinggan.

Untuk menyediakan sos ini di rumah boleh menjadi rutin walaupun kebanyakan bahan yang diperlukan tidak disimpan di rumah.

Tetapi jika dicuba, hidangan lazat ini boleh disiapkan kira-kira 35 minit atau kurang tanpa menjejaskan rasa, sekali gus sesuai untuk bulan Ramadan, Hari Raya atau memenuhi keinginan anda terhadap pasta berkrim.

Hidangan apa yang lebih lazat berbanding pasta berkrim keju? Pastinya pasta keju dan berkrim yang dibakar. Sos cendawan termasuk carbonara dalam resepi ini sangat sesuai untuk mana-mana pasta dan rasanya amat sedap (anda boleh mencuba). Pasta alforno merupakan hidangan terbaik untuk disediakan sebagai selera pembuka puasa kerana hanya memerlukan tempoh 35 minit.


BAHAN-BAHAN:

250g PREGO® Macaroni, dimasak dan ditos

2 tin/1 jar PREGO® Carbonara Mushroom Pasta Sauce

200g daging, dihiris halus

4 sudu kecil minyak zaitun

1 bawang besar,dipotong bentuk dadu

4 ulas bawang putih, dihiris

1 lada merah, dihiris

1 cawan keju Mozzarella

Garam dan lada sulah secukup rasa


CARA-CARA:

1) Tumis daging di dalam minyak zaitun sehingga kelihatan rangup, kemudian masukkan bawang, bawang putih, lada sulah dan teruskan memasak sehingga sayuran tersebut kelihatan layu. Tambah makaroni dan gaulkannya. Pindahkan ke bekas untuk dibakar.

2) Panaskan sos pasta PREGO® Carbonara Mushroom di dalam kuali sehingga panas dan masukkan garam dan lada secukup rasa. Kemudian tuang sos di atas makaroni.

3) Taburkan keju Mozzarella di atas makaroni dan bakarnya pada suhu 180 darjah Celsius selama 15 minit atau sehingga keju itu cair dan bahagian atas hidangan menjadi warna emas keperangan.


*Resepi ini disediakan oleh Prego. Sila layari www.prego123.com.my/ untuk maklumat lanjut.

Prego

Artikel Berikut

Makaroni & Keju

Artikel Lain