Nasi Ambeng Air Tangan Kak Midah Di RER

Diterbitkan: Jumaat, 10 Jun 2016 8:00 AM

Nasi ambeng.

(Ubah saiz teks)

JIKA dulu nasi ambeng hanya dapat dinikmati pada sebarang majlis keraian masyarakat Jawa tapi kini masakan tradisional itu boleh diperolehi pada bila-bila masa sahaja apatah lagi di bulan Ramadan.

Bagi memenuhi kehendak penggemar nasi ambeng, Riverstone Eco Resort (RER) akan menyajikan juadah tradisional masyarakat jawa itu menerusi bufet Ramadan yang akan bermula pada 10 Jun hingga 3 Julai ini.

Pengurus Besarnya, Hamidah Asararuddin berkata, pemilihan nasi ambeng sebagai menu utama untuk bufet berbuka puasa pada tahun ini berikutan permintaan tinggi daripada pelanggan.

"Alhamdulillah sambutan terhadap juadah ini amat menggalakkan saban tahun, tidak pernah putus-putus meskipun di bulan Ramadan.

"Justeru pada kali ini, kami tetapkan nasi ambeng sebagai menu utama atas permintaan pelanggan," katanya kepada mStar Online.

Hamidah atau lebih mesra disapa sebagai Kak Midah berkata, nasi ambeng yang disediakannya cukup istimewa kerana ia adalah resipi turun-temurun yang diwarisi neneknya Allahyarham Asiah Abd Rahman dan ibunya, Marhumah Suhud.

Hamidah Asararuddin.

Namun, katanya, resipi itu diubah suai untuk menambah keenakan juadah tradisional itu.

Lebih unik, Kak Midah akan menyediakan sendiri hidangan tersebut dengan dibantu tukang masak yang terlatih.

"Saya amat menitikberatkan penggunaan ramuan dan rempah-ratus terbaik bagi mengekalkan mutu dan keaslian dalam masalah juadah tersebut," katanya.

Kak Midah berkata, secara tradisinya, nasi ambeng akan dimakan bersama pelbagai lauk sampingan.

Katanya, enam lauk sampingan itu ialah ayam semur, sambal goreng, mi goreng, serunding kelapa, sayur kacang panjang dan ikan masin.

Ayam semur.

Selain itu, Kak Midah berkata, RER turut menawarkan menu istimewa iaitu ayam tong dan kambing bakar.

Jelas beliau, terdapat tiga lagi menu iringan iaitu ikan tenggiri sambal, daging salai masak lemak cili api dan mi/bihun sup untuk dinikmati orang ramai.

Bagi mengakhiri hidangan berbuka puasa, RER menawarkan pelbagai pilihan pencuci mulut seperti sagu gula melaka, bubur pulut hitam, bubur kacang hijau, bubur gandum, kuih muih dan buah-buahan.

Beliau berkata, pelanggan juga akan disajikan dengan dua pilihan minuman iaitu kordial sarsi dan teh tarik.

Orang ramai yang berminat untuk mencuba air tangan Kak Midah boleh mengunjungi RER di Hutan Lipur Sungai Tua, Ulu Yam, Selangor.

Harga bufet bermula dari RM45 untuk dewasa manakal RM27 bagi kanak-kanak berusia dua hingga enam tahun.

Juadah akan dihidangkan bermula pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Kemudahan surau turut disediakan sama ada untuk solat Maghrib ataupun tarawih.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi 013-2080833 atau 017-3499662.


Tags / Kata Kunci: nasi ambeng , Riverstone Eco Resort

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan