suria

Jom Makan Bufet Ramadan The View Cafe

Kari ikan bendi dihidangkan dengan nasi tomato di The View Cafe sepanjang Ramadan ini.

SEPANJANG bulan ini, Jom Makan Bersama bufet Ramadan kembali menemui anda di The View Cafe, Best Western i-City Hotel dengan menawarkan lebih 100 masakan Melayu asli, termasuk masakan dari utara hingga selatan tanahair.

Pelbagai menu pembuka selera berasaskan masakan melayu asli dihidangkan, antaranya, kerabu kacang botol, kerabu taugeh kerang dan tauhu sumbat sos cili.

Antara masakan yang menjadi tarikan utama bufet Ramadan kali ini adalah daging masak merah, ayam goreng berempah, kari ikan bendi, masak kicap sotong goreng cili kering-wok, sayur nangka masak lemak cili padi, Siew Pak Choy sos tiram dan telur Foo Yong dan banyak lagi.

Jika anda inginkan menu sup sebagai juadah tambahan, di sini juga terdapat pelbagai jenis sup yang istimewa seperti sup ayam berempah, manakala tidak ketinggalan menu wajib setiap Ramadan, iaitu bubur lambuk.

Chef kafe ini juga menyediakan beberapa hidangan sampingan yang sesuai untuk mengimbangi rasa.

Antaranya, daging yang dipotong kecil menjadikan Daging Masak Merah lebih mudah untuk dimakan. Walaupun terdapat beberapa bahagian yang agak kenyal, ia tetap menambah selera kerana rempah yang digunakan turut dirasai dalam setiap suapan.

Walaupun masak kicap sotong goreng cili kering-wok kelihatan amat menyelerakan, walaupuna agak pedas, manakala menu ayam yang sering menjadi kegemaran ramai yang digoreng enak dan rangup.

Sajian telur Foo Yong dan sos tiram Siew Pak Choy adalah antara makanan yang mudah dimasak setiap rakyat Malaysia.

The View Cafe juga tidak ketinggalan menghidangkan kambing panggang yang segar dan empuk.

Sajian Ramadan tahun ini disediakan oleh Chef Eksekutif Muhammad Haikal Vishan Pathair yang akan menambah menu nasi Arab dan shawarma mengikut gaya masakannya sendiri.

Menariknya, bufet kali ini juga akan menampilkan pelbagai kebab dan pencuci mulut termasuk kek keju marmar, kek lobak merah , karamel krim oren, kuih-kuih Melayu dan ais kacang.

Ramadan bufet The View Cafe ditawarkan sehingga 3 Julai dan mula dihidangkan bermula jam 7.30 petang hingga 10.30 malam.

Harga bermula dari RM88 untuk dewasa dan RM44 bagi setiap anak (berumur 11 dan ke bawah) dan warga emas.

Hotel ini turut menawarkan promosi untuk pengunjung awal dengan bayaran RM75 yang berakhir 12 Jun ini. Tempahan awal adalah digalakkan.

The View Cafe, Best Western i -City, Persiaran Multimedia, Seksyen 7 , Shah Alam , Selangor. Tel: 03-5521 9000  


The View Cafe, Ramadan

Artikel Sebelum

Artikel Lain