Pajeri Nenas Menu Tarikan The Royale Bintang

Diterbitkan: Rabu, 8 Jun 2016 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERINGKALI masakan tradisional yang digabungkan dengan pelbagai aneka rempah mampu membangkitkan selera buat kita seisi keluarga.

Justeru itu bersempena dengan bulan mulia ini, The Royale Bintang yang terletak di The Curve, menyajikan bufet bertemakan ‘Ratusan Rempah Ratus Ramadan’ untuk sajian berbuka yang dihidangkan.

Menerusi menu yang dihidangkan, masakan pajeri nenas menjadi daya tarikan utama kerana keenakan rasanya.

Rasanya masam-masam manis dan kepekatan kuah yang berempah bersama dengan hirisan nenas segar ternyata mampu memberi satu kenikmatan.

Menurut Chef Muda, Idris Yahaya yang memikul tugas untuk sajian tersebut, pengalamannya berkhidmat dengan syarikat katering perkahwinan membuatkan dia mahir dalam menghasilkan setiap hidangan.

Antara bahan rahsia di dalam pajeri nenas tersebut yang sempat dikongsikan ialah kunyit, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga.

Disamping itu, Idris juga memberitahu pemilihan nenas penting bagi mendapatkan jus atau pati buah tersebut untuk mengekalkan keenakan pajeri nenas tanpa menggunakan perasa tambahan.

Selain itu, terdapat juga beraneka jenis hidangan yang menggabungkan elemen rempah ratus untuk dinikmati.

Pengunjung boleh mencuba biryani kambing ala Kashmiri yang menggunakan beras basmati yang berkualiti tinggi.

Tidak ketinggalan juga ikan masala serta kari udang yang disalut dengan garam masala dan juga gulai kawah panas yang menyelerakan.

Bagi pengemar makanan berempah dan tradisional, boleh berbuka puasa di The Royal Bintang, The Curve dan harga ditawarkan ialah RM78 untuk seorang.


iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan