suria

Restoran Hajah Mona Tawar Kepuasan Berbuka Dengan Asam Pedas Aneka Pilihan Ikan

RESTORAN Asam Pedas Hajah Mona yang terletak di Taman Kota Laksamana, Melaka, hampir mencecah usia 30 tahun.

Perniagaan ini diasaskan oleh ibu kepada pemiliknya, Alizah Bachik, 48, pada tahun 1987.

Bermula dengan kuali kecil, perniagaan ini semakin berkembang apabila asam pedas di sini mendapat perhatian kerana menawarkan pelbagai jenis ikan untuk dipilih pengunjung.

Antara ikan yang ditawarkan termasuklah kembong, pari, tenggiri dan ikan parang. Turut disediakan, asam pedas daing tetel. Menu ini dijual pada harga RM7, bersama nasi putih dan sayur.


Bagi asam pedas kepala ikan jenahak, harga ditentukan mengikut saiz.

Alizah berkata beliau tidak mempunyai rahsia tertentu atau resipi khas untuk bertahan lama dalam perniagaan ini, tetapi sentiasa memastikan rasa asam pedas yang asli dihidangkan setiap hari.

Beliau juga amat mementingkan kualiti, termasuklah memasak kuah setiap hari, menggunakan ikan-ikan segar dan memastikan perkhidmatan cepat dan memuaskan hati pelanggan.

Artikel Berikut

Artikel Lain